Pretend - Chapter 5
Saturday, 25 September 2021 • 9/25/2021 05:10:00 am • 0 comments
Emylia's POV
Aku membuka pintu bilik hotel kami. Aku meneroka seluruh bilik tersebut yang kelihatan gah dan amat selesa untuk tinggal bersama 4 orang walaupun hanya satu bilik.
"Lawa nya Masya Allah, nikmat apa yang aku dustakan selama ni." ujar Hazel sambil berjalan ke arah balkoni, meninggalkan luggage nya di tengah-tengah ruang bilik itu.
"Weh, cakap terima kasih dekat abang kau untuk bilik yang lawa ni." ujar Hani pula. Dia terus terjun ke atas katil yang empuk itu. Aku tergelak kecil melihatnya. Tiba-tiba terasa tangan mendarat ke atas bahu kiri ku. Aku melihat pemilik empunya tangan tersebut.
"Emy." aku mengangkat sebelah keningku kepadanya.
"Abang kau single tak? Aku nak bismillah, assalamualaikum dia. Kalau boleh harini jugak aku nak hantar rombongan merisik." dia memandang ku dengan senyuman yang penuh bermakna.
"Takde takdekalau dia single pon aku takkan bagi kau dengan dia. Ei tak kuasa aku member aku jadi kakak ipar aku. Nauzubillah mintak dijauhkan." aku menepis tangannya sambil berjalan ke arah katil lalu mendarat di sebelah Hani yang terbaring disitu.
"Eleh, kau ni kedekut la. Aku nak masuk merisik abang kau, kalau aku masuk merisik kau lain pulak jadi dia kan" Rose mencebik. Aku tergelak kecil sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
"Ei, Rose lesbo, tacodt. Hani selamatkan aku daripada Rose. Nyah kau dari sini setan. Shuh shuh." aku menyorok disebalik Hani sambil membuat isyarat tangan menghalau Rose.
Rose membuat muka joker. Dia mula mendekati aku dan Hani. Kami berdua terjerit kecil menghalau Rose daripada mendekati kami.
"Korang, esok kita nak buat apa? Aku cadangkan kita pergi naik cable car, pastu lawat aquarium and lastly..." Hazel menghentikan perbuatan kami, semua berpandangan antara satu sama lain lalu memandangnya.
"Kayak!" laung kami serentak lalu tergelak kecil. Jinx.
Dari pagi, kami berempat bersiap untuk meneruskan trip kami pada hari ini. Kami bersetuju untuk pergi bermain kayak the first thing in the morning, you know how important is that? Aku mencadangkan untuk pergi pada awal pagi supaya kami tidak tergesa-gesa untuk buat benda lain selepas itu.
Dev's Adventure Tours menjadi pilihan kami untuk bermain kayak. Kami memilih untuk bermain individual kayak iaitu seorang satu kayak. Kami sudah biasa bermain kayak sejak sekolah sekolah menengah, jadi kami dibenarkan untuk bermain individual kayak oleh tour guide di situ.
Semua diminta untuk memakai jaket keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Setelah itu, kami ditempatkan di kayak masing-masing. Pada permulaan, kami di iringi oleh tour guide di situ sehingga ke tengah sungai tapi setelah itu kami meminta untuk meninggalkan kami berempat sahaja. Sebab apa? Ye, adala tu projek nak race.
Pemandangan di tengah-tengah sungai tersebut begitu cantik. Aku berhentikan kayakku lalu mengambil gambar dan video kami untuk dijadikan memori. Nobody knows what might happened in future, mungkin akan ada virus dari luar negara? Who knows?
Semua menunjukkan skill masing-masing apabila aku merekod video mereka bertiga.
"Guys, nak buat kerja gila tak?" Hazel menunjukkan senyuman yang begitu manis sambil mengangkat keningnya.. Hazel kalau senyum macam tu mesti ada benda dalam otak kepala dia tu.
"Apa dia?" soal Hani.
"Jom race siapa sampai dekat pelabuhan tu dulu. Siapa kalah, kena belanja tiket cable car dengan aquarium kejap lagi. Onz tak onz?" kami semua berpandangan antara satu sama lain lalu smirk. Tanpa perlu berkata setuju, semua ready untuk memulakan race tersebut.
"1, 2, 3, Go!" ujar Hazel. Semua mula mengayuh pendayung dengan begitu laju, tidak mahu kalah.
Aku cuba melajukan kayakku dengan menggerakkan pendayung itu dengan lebih cepat namun nasibku malang apabila pendayung itu terpatah dua.
"Oh shit" kataku perlahan sambil melihat pendayung yang sudah kritikal itu, tunggu nak masuk ICU je. Aku melihat sekeliling, mereka sudah lama ke hadapan meninggalkan aku di belakang.
"Hazel! Hani! Rose!" laungku kuat tapi tiada siapa mendengar. Aku syak Langkawi ni bawak bad luck dekat aku la, dahla semalam dah jumpa mamat poyo tu.
Aku menggapai phone yang berada dalam kocek seluar lalu mengeluarkannya untuk menelefon salah seorang daripada rakan-rakanku.
"Come on girls, tolong angkat please" aku mencuba memanggil mereka berkali-kali. Takkan dorang silent phone kot? Mereka lah orang yang paling takkan silent phone. Orang yang paling suka silent phone adalah aku.
Aku mula merenggangkan life jacket di tubuhku. Lemas.
"Oi, kau buat apa tengah tengah sungai ni? Nak bunuh diri ke?" sapaan tersebut mengejutkan aku sehingga telefon bimbit yang berada digenggamanku terlucut keluar.
"No, not this phone." tidak sempat melihat siapa yang menyapa aku, aku segera mencapai telefon tersebut sebelum ianya terjatuh ke dalam sungai. Phone ni diberi oleh abang aku sempena aku dapat tempat pertama dalam larian 5KM. I can't lose this phone. Tapi langkahku silap ketika ingin mencapai telefon bimbit tersebut, kayakku bergerak mengikut badanku sehingga membuatkan aku terjatuh ke dalam sungai tersebut.
"Emy!" hanya itu yang aku dengar buat kali terakhir sebelum seluruh badanku masuk ke dalam air. Aku panik, segala ilmu yang aku belajar selama ini hilang dalam memori aku. Badanku kejung daripada berbuat sesuatu. Oksigen di dalam badanku mula keluar sedikit demi sedikit daripada mulutku sehinggakan aku tertelan air sungai itu. Silap aku jugak kerana tidak memakai jaket keselamatan dengan betul. Aku dapat melihat jaket keselamatan itu tertanggal daripada tubuhku dan naik ke atas permukaan air, seseorang mula terjun ke dalam air sebelum semuanya gelap.
Aku mula membuka mata apabila terasa dadaku ditekan bagaikan diberi CPR dan namaku dipanggil. Ugh. Bising. Dadaku sakit. Aku batuk. Terasa sesuatu ingin keluar daripada mulutku. Aku bangun daripada baring dan duduk sambil memuntahkan air daripada badanku. Terasa badanku ditepuk seseorang dari belakang.
Aku melihat gerangan yang sedang menolong aku. Mamat pilot tu? Pakaiannya kelihatan basah, rambutnya juga basah. Dia ke yang tolong aku tadi? Tapi kat sini dah takde yang basah baju, aku melihat sekeliling.
"Terima kasih" ujarku dengan suara serak. Tekakku masih sakit kerana tertelan air sungai dengan begitu banyak. Dia meletakkan sehelai tuala kedua-dua bahuku, mengelakkan aku daripada kesejukan.
Matanya mencerlung tajam memandang aku. Dia kemudian bangun dari sebelah aku lalu berlalu pergi sambil mengeluarkan phone dari kocek seluarnya. Dahiku berkerut, kenapa dia nak marah aku? Bukannya aku sengaja, dan bukannya aku kenal dia pon.
Mataku hanya mengikut gerak langkahnya yang semakin lama semakin menjauh sehingga dia hilang daripada pandanganku.
"Emy! Kau okay tak." Rose datang ke sebelah aku. Memeriksa muka aku yang begitu pucat.
"Aku okay" jawabku perlahan. Aku masih letih akibat kejadian tadi.
"Emy aku mintak maaf, aku sepatutnya tak buat race tu tadi kalau aku tau macam ni." Hazel meminta maaf kepada aku. Aku tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalaku. Bukan salah dia.
"Bukan salah kau Hazel, aku yang cuai tadi. Jangan risau lah, aku pon selamatkan."
"Ye la, kau bernasib baik tau tak, kalau bukan lelaki tu yang selamatkan kau tadi kiteorang dah taktau nak buat apa tau." mata Rose kelihatan merah. Dia menangis ke? Aku hanya mendengar.
"Tapi kan Emy, apa jadi dekat life jacket kau? Macam mana boleh tercabut?" aku terkaku.
"Aku tersalah pakai." ujarku kelat. Semua mengerutkan dahi. Pelik. Kerana mereka tahu aku bukan seorang yang cuai.
"Dah jom, aku nak balik bilik. Aku penat. Sorry sebab aku, semua bazirkan masa." ujarku perlahan.
"Nyawa kau lagi penting Emy." aku tersenyum. Mataku melihat sekeliling, mencari figura yang menyelamatkan aku sebentar tadi. Tapi hampa, kerana dia sudah tiada di situ.
Labels: Pretend
PAST FUTURE