


Emily's POV.
"Emy! Abang kau call." Hani mengejutkan aku daripada tidur. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa? Jangan-jangan...
"Korang takde bagitau abang aku kan?" soalku kepada merek. Semua menggeleng. Pelik. Aku mengambil phone daripada genggaman Hani.
"Hello abang."
"Zara! Are you okay?" soalnya, tidak sempat menjawab sapaanku.
"Okay la, kenapa bang?"
"I heard what happened there," mukaku pucat. "Macam mana boleh terjadi? Abang dah bagitau suruh jaga diri kan."
"Macam mana abang tau?" soalku tanpa menjawab soalannya. Kalau kawan-kawan aku tak bagitau, macam mana dia boleh tahu?
"I have my sources. Sekarang abang nak Zara balik, I already bought the tickets. You'll be leaving in two hours. No excuses. We'll talk at home. " aku terkejut.
"Tapi.." belum sempat aku membalasnya, abang terlebih dahulu mencelah.
"No buts. Zara balik atau abang pergi ambil Zara kat sana. Choose either one." aku senyap. Aku tiada kekuatan untuk bergaduh dengan abang.
"Okay, nanti send boarding pass tu dekat Zara," balasku. Abang terus menutup talian. Aih, marah sangat tu. Aku memandang rakan-rakanku yang sedang melihat aku.
"I'm sorry guys, aku kena balik kejap lagi. Abang aku dah beli tiket balik. Sorry aku tak dapat join sampai esok. Korang continue je la eh tanpa aku." ujarku dengan rasa bersalah.
"Okay, kiteorang balik sekali dengan kau." ujar mereka serentak.
"Eh, tak payahlah. Korang continue je la. Still ada sehari lagi, banyak benda korang boleh buat."
"Apa function jalan-jalan tanpa kau, tak cukup forum. Kau kan sakit, takkan kiteorang nak biar kau sorang-sorang balik Selangor nanti." Hazel bertegas untuk mengikuti aku balik.
"Tapi-" belum sempat aku mengahabiskan ayatku, Hani mencelah.
"Aip, no tapi-tapi. Take it or take it. Kau takde option lain. Jom gais bersiap."
Aku keluar daripada balai ketibaan lapangan terbang tersebut, kelihatan abang sudah menungguku disitu. Mukanya kelihatan tegang dan risau. Bismillah, selamatkan aku dariapda bebelan abang ya Allah, amin. Aku menelan air liur. Kesat. Gugup. Takut. Cuak. Lah semua perasaan lah wujud dalam otak aku ni.
"Abang!" aku memaniskan muka menghampiri abang. Semoga abang tak bertukar jadi singa di tengah-tengah airport ni. Amin.
Dia membuka kaca mata hitam yang dipakai olehnya. Matanya tidak lepas daripada memeriksa keadaan aku. Gayanya persis seorang suami memeriksa keadaan isterinya yang baru lepas masuk emergency room.
Halah, boyfriend aku pon tak risau macam ni. Eh, lupa.. takde boyfriend. Mengesat air mata yang halimunan.
Aku mencapai tangan kanannya untuk bersalam. Orang cakap sebelum kena marah baik kita buat baik dulu.
"Korang, aku gerak dulu tau, hati hati balik nanti." aku melambai ke arah rakan-rakanku yang juga baru keluar daripada balai ketibaan tersebut.
Aku mengekori Zafran daripada belakang ke arah keretanya. Laju mak aih dia jalan, tau la galah.
"Abang, jangan la jalan laju sangat, Zara penat la nak ikut abang." rungutku dari belakang. Zafran memperlahankan langkahnya supaya berjalan seiring dengan aku. Dia masih tidak bersuara.
Aku mempercepatkan langkahku merapatinya yang berada di hadapanku. Aku sesekali melihatnya dari ekor mataku. Tiada senyuman walaupun segaris dimukanya.
Red Alert.
Ni kalau aku tak explain, mungkin inilah kali terakhir semua orang jumpa aku. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Zara Emylia. Nanti akan keluar headline berita - seorang wanita disyaki meninggal dunia sebaik sahaja pulang dari bercuti.
Aku melingkarkan tanganku di lengannya. First step to melt your brother's cold heart, tukar topik, buat muka comel dan pura-pura baik. Second step bila dah melt, pau dia habis-habisan. Sekian.
"Abang," aku memanggilnya.
"Hm?"
"Taknak bawa beg Zara ke? Berat ni, tak kesian dekat adikmu yang comel inikah?" aku membuat muka paling comel kepada Zafran.
Zafran mengerling memandang aku sambil membuat muka bosan. Dia menghulurkan tangannya. Nice. Aku sengih bahagia.
Aku memberikan luggage kepadanya.
"Astaghfirullah, apa yang berat sangat ni Zara. Adik bawak balik keluarga monyet daripada sana ke?" sebaik sahaja luggage bertukar tangan. Matanya mengerling ke arah aku.
"Anak monyet tu comel sangat la bang. Zara apa lagi, rasuah la mak dia dengan makanan, terus dia bagi baby monyet yang kecil tu. Tapi boleh tahan main hide and seek dulu dengan ayah dia. Orang cakap, rezeki jangan ditolak, dah mak dia bagi, Zara ambik je la." Aku menunjukkan muka serious, bagaikan menyuruhnya untuk mempercayaiku.
Zafran memandang aku bagaikan tidak percaya. Reaksi wajahnya memberitahu segala, ibarat aku baru terlepas tanjung rambutan.
"Kau ni dik, bodoh tu simpan sikit boleh tak? Jangan cekau semua kat kau, bagi dekat orang lain sikit," ujarnya sambil memandang aku dengan pandangan hambar.
Aku memandangnya tajam. Seronok je bodohkan adik sendiri. Sesiapa nak abang saya? Saya jual mur mur je.
"Nanti abang call perhilitan, nak report yang ada orang nak bela monyet tak berlesen." tambahnya lagi dengan muka tidak bersalah. Aku mencebik, gurau pon tak boleh.
Perjalan pulang ke rumah yang biasanya hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja, terasa amat panjang.
Suasana di dalam kereta tersebut amat tegang. Aku hanya memandang depan dan kiriku, tidak berani memandang pemandu di sebelah aku.
Aku curi-curi memandang Zafran yang tidak membuka mulut sebaik sahaja bertolak pulang daripada lapangan terbang tadi.
"Abang," aku mencuba nasib.
Tiada sambutan. Zafran masih fokus dalam pemanduannya.
"Abang," aku mencuba lagi.
Masih tiada sambutan lagi. Masya Allah, mohon bersabar. Bantuin Zara Ya Allah.
Bukan biasanya scene-scene macam ni, hero ke akan marah? Ni dah kenapa abang aku, tak romantik langsung. Aku mencebik di dalam hati.
"Abang ni," aku berpaling memandangnya.
"Zara nak kena beli sebuah private jet untuk abang dulu ke baru abang nak cakap dengan Zara? Zara mana la ada duit, kalau miniature tu boleh la bang." muka aku cemberut.
Dah la dia taknak layan aku, aku taknak cakap dengan dia jugak. Merajuk. Layan scenery lagi bagus.
"Abang risaukan keadaan Zara. Every sound mind person would be worried about their love ones. Even haiwan pon sayangkan anaknya, apatah lagi manusia." Zafran tiba-tiba bersuara, memecahkan kesunyian dalam kereta tersebut.
Aku masih lagi senyap.
"I've almost lost you once, I don't want to lose you for the second time." Zafran berhenti berbicara.
Aku faham maksudnya. Zafran hanya risaukan aku.
"Abang taknak lalui benda dulu lagi, it was devastated. Abang taknak tengok Zara in those hospital robe again, being lifeless."
Jeda.
"Tak penat ke buat abang risau?" soalnya. Matanya memandang aku sekilas sebelum kembali fokus memandu.
"Tak. Ehe," aku tersengih bagaikan kerang wangi memandangnya. Dia menjeling aku sambil tangan kirinya pantas mengetuk kepala aku. Auch. Aku menggosok kepala aku, benjol kepala aku nanti kang takde sesiapa nak. Nak gurau pon tak boleh. Garunks sangat.
"Abang, Zara dah okay la. Jangan la risau sangat," balasku bersungguh-sungguh.
"Macam mana abang tak risau kalau abang tiba-tiba dapat berita yang Zara lemas?" soal Zafran kepadaku. Aku tersengih, taktau nak jawab apa.
"Ni nasib baik abang tak bagitau umi dengan abah tau, kalau tak confirm Zara tak dapat keluar lagi lepas ni." sambungnya lagi.
"Abang jangan bagitau umi dengan abah eh, please bang. Zara tolong abang basuh kereta nanti." aku memandangnya dengan penuh harapan. Ni kalau umi dengan abah tau...
I'm getting ripped tonight, r.i.p my freedom life ayy.
"Setakat kereta, abang boleh basuh sendiri lah dik. Cubalah bagi offer yang bagus sikit." balasnya bosan.
Ini orang panggil bagi betis nak peha. Nasib baik abang sendiri.
"Fine, Zara tolong abang buat surprise dekat kak Qis. Puas hati?" dia tersenyum menang sambil mengangguk. Dia yang nak buat surprise, aku pulak yang kena. Girlfriend siapa sekarang ni.
"Tapi kan bang, macam mana abang dapat tau tentang Zara eh?" aku keliru. Rakan-rakan aku tidak memberitahu abang aku, jadi, macam mana Zafran boleh tahu?
"Zara, kat depan tu ada Llao Llao. Nak tak?" Zafran mengubah topik. Ceh sengaja eh, aku mencebik. Nasib baik berjaya.
Labels: Pretend
Ryan's POV
Bunyi telefon daripada poket seluar memperlahankan perjalanan aku. Aku mengeluarkan telefon, lalu melihat nama yang terpapar pada skrin. Aku menekan butang hijau lalu meletakkan di telinga.
"Haaa ye baby, baby nak apa call abang ni?" ujarku sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.
"Abah kau baby, aku baby kan kau kejap lagi baru tau." aku tergelak kecil sebaik sahaja mendengar amarah si pemanggil.
"Haa kau nak apa? Cepat sikit, aku dah on the way nak masuk cabin ni." soalku peik. Belum pernah dia ni call aku time dia tau aku ada kapal nak kena terbangkan ni.
"Flight kau pergi Langkawi kan harini?" soalnya. Aku mengerutkan dahi.
"Ha'ah, kenapa? Kau nak tempah coklat ke apa? Kalau ngan kau, dia jadi dua kali ganda harga belum masuk service charge." aku mendengar Zafran mengomel ditalian sana.
"Cekik darah kau ni. Kesian sape yang kirim kat kau." aku tergelak kecil.
"Dengan kau je aku mark-up extra baik punya. Alah kau kan dah tak bagi nafkah kat aku, aku mintak la cara lain."
"Kepala hotak dia." marah Zafran di hujung talian. Aku menahan gelak. Seronok buat orang marah ni.
"Tak, aku call kau ni nak mintak tolong kau tengokkan adik aku kat sana nanti." sambung Zafran ssbaik sahaja selesai memaki hamun Ryan.
"Adik kau? Kenapa aku pulak kena jadi babysitter ni. Penat tau aku ambik lesen nak jadi pilot, last skali kena jaga adik kau." rungutku.
"Alaaa boleh la Ryan, kau kan kawan baik aku." pujuk Zafran.
"Wow, ni ke Zafran yang aku kenal. Boleh, seratus sejam tau. Penat nak jadi babysitter ni." Luahku mengada.
"Ah banyak la kau, balik nanti aku roger kau nak apa, aku belanja."
"Okay onz, nanti hantar gambar adik kau. Macam lah aku kenal dia sapa." sebaik sahaja aku mengucapkan ayat tersebut, aku terus meletakkan panggilan.
Ting!
Aku membuka whatsapp daripada Zafran.
Photo
Menipu je ek kau tak kenal adik aku.
Kau jaga adik aku baik baik, kalau jadi pape siap kau.
Me:
Ye la, aku tak kenal sape adik kau.
Aku kenal bakal wife aku je.
Bismillah, Assalamualaikum bakal abang iparku π
Astaghfirullah, macam mana syarikat ni boleh ambil kau jadi pilot eh.
Aku tak redha kau jadi adik ipar aku, boleh mental adik aku kalau stay dengan kau.
Aku tergelak kecil melihat reply Zafran. Dapat aku bayangkan muka cemberutnya disebalik phone tu. Aku melihat gambar yang dihantar oleh Zafran. Sedang aku leka memandang gambar tersebut, aku dilanggar oleh seseorang.
"Hey, watch your steps!" ujarku dengan nada marah. Aku memandang siapa yang melanggar aku. Adik Zafran. Dengan pantas aku menyimpan telefon dalam poket.
"I'm sorry, I didn't see you" ujarnya perlahan.
"Macam mana nak nampak kalau mata tu asyik tengok phone je. Jalan ni bukan kau sorang yang guna. Lain kali kalau nak jalan pandang depan, bukan pandang phone." Sebaik sahaja aku selesai mengucapkan ayat tersebut, aku mula bergerak meninggalkan dia yang terpinga pinga di situ. Aku tersenyum kecil hinggap di hujung bibir aku. Dengan pantas senyuman itu muncul, dengan begitu pantas juga senyuman itu hilang daripada bibirku.
Labels: Pretend
Emylia's POV
Aku membuka pintu bilik hotel kami. Aku meneroka seluruh bilik tersebut yang kelihatan gah dan amat selesa untuk tinggal bersama 4 orang walaupun hanya satu bilik.
"Lawa nya Masya Allah, nikmat apa yang aku dustakan selama ni." ujar Hazel sambil berjalan ke arah balkoni, meninggalkan luggage nya di tengah-tengah ruang bilik itu.
"Weh, cakap terima kasih dekat abang kau untuk bilik yang lawa ni." ujar Hani pula. Dia terus terjun ke atas katil yang empuk itu. Aku tergelak kecil melihatnya. Tiba-tiba terasa tangan mendarat ke atas bahu kiri ku. Aku melihat pemilik empunya tangan tersebut.
"Emy." aku mengangkat sebelah keningku kepadanya.
"Abang kau single tak? Aku nak bismillah, assalamualaikum dia. Kalau boleh harini jugak aku nak hantar rombongan merisik." dia memandang ku dengan senyuman yang penuh bermakna.
"Takde takdekalau dia single pon aku takkan bagi kau dengan dia. Ei tak kuasa aku member aku jadi kakak ipar aku. Nauzubillah mintak dijauhkan." aku menepis tangannya sambil berjalan ke arah katil lalu mendarat di sebelah Hani yang terbaring disitu.
"Eleh, kau ni kedekut la. Aku nak masuk merisik abang kau, kalau aku masuk merisik kau lain pulak jadi dia kan" Rose mencebik. Aku tergelak kecil sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
"Ei, Rose lesbo, tacodt. Hani selamatkan aku daripada Rose. Nyah kau dari sini setan. Shuh shuh." aku menyorok disebalik Hani sambil membuat isyarat tangan menghalau Rose.
Rose membuat muka joker. Dia mula mendekati aku dan Hani. Kami berdua terjerit kecil menghalau Rose daripada mendekati kami.
"Korang, esok kita nak buat apa? Aku cadangkan kita pergi naik cable car, pastu lawat aquarium and lastly..." Hazel menghentikan perbuatan kami, semua berpandangan antara satu sama lain lalu memandangnya.
"Kayak!" laung kami serentak lalu tergelak kecil. Jinx.
Dari pagi, kami berempat bersiap untuk meneruskan trip kami pada hari ini. Kami bersetuju untuk pergi bermain kayak the first thing in the morning, you know how important is that? Aku mencadangkan untuk pergi pada awal pagi supaya kami tidak tergesa-gesa untuk buat benda lain selepas itu.
Dev's Adventure Tours menjadi pilihan kami untuk bermain kayak. Kami memilih untuk bermain individual kayak iaitu seorang satu kayak. Kami sudah biasa bermain kayak sejak sekolah sekolah menengah, jadi kami dibenarkan untuk bermain individual kayak oleh tour guide di situ.
Semua diminta untuk memakai jaket keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Setelah itu, kami ditempatkan di kayak masing-masing. Pada permulaan, kami di iringi oleh tour guide di situ sehingga ke tengah sungai tapi setelah itu kami meminta untuk meninggalkan kami berempat sahaja. Sebab apa? Ye, adala tu projek nak race.
Pemandangan di tengah-tengah sungai tersebut begitu cantik. Aku berhentikan kayakku lalu mengambil gambar dan video kami untuk dijadikan memori. Nobody knows what might happened in future, mungkin akan ada virus dari luar negara? Who knows?
Semua menunjukkan skill masing-masing apabila aku merekod video mereka bertiga.
"Guys, nak buat kerja gila tak?" Hazel menunjukkan senyuman yang begitu manis sambil mengangkat keningnya.. Hazel kalau senyum macam tu mesti ada benda dalam otak kepala dia tu.
"Apa dia?" soal Hani.
"Jom race siapa sampai dekat pelabuhan tu dulu. Siapa kalah, kena belanja tiket cable car dengan aquarium kejap lagi. Onz tak onz?" kami semua berpandangan antara satu sama lain lalu smirk. Tanpa perlu berkata setuju, semua ready untuk memulakan race tersebut.
"1, 2, 3, Go!" ujar Hazel. Semua mula mengayuh pendayung dengan begitu laju, tidak mahu kalah.
Aku cuba melajukan kayakku dengan menggerakkan pendayung itu dengan lebih cepat namun nasibku malang apabila pendayung itu terpatah dua.
"Oh shit" kataku perlahan sambil melihat pendayung yang sudah kritikal itu, tunggu nak masuk ICU je. Aku melihat sekeliling, mereka sudah lama ke hadapan meninggalkan aku di belakang.
"Hazel! Hani! Rose!" laungku kuat tapi tiada siapa mendengar. Aku syak Langkawi ni bawak bad luck dekat aku la, dahla semalam dah jumpa mamat poyo tu.
Aku menggapai phone yang berada dalam kocek seluar lalu mengeluarkannya untuk menelefon salah seorang daripada rakan-rakanku.
"Come on girls, tolong angkat please" aku mencuba memanggil mereka berkali-kali. Takkan dorang silent phone kot? Mereka lah orang yang paling takkan silent phone. Orang yang paling suka silent phone adalah aku.
Aku mula merenggangkan life jacket di tubuhku. Lemas.
"Oi, kau buat apa tengah tengah sungai ni? Nak bunuh diri ke?" sapaan tersebut mengejutkan aku sehingga telefon bimbit yang berada digenggamanku terlucut keluar.
"No, not this phone." tidak sempat melihat siapa yang menyapa aku, aku segera mencapai telefon tersebut sebelum ianya terjatuh ke dalam sungai. Phone ni diberi oleh abang aku sempena aku dapat tempat pertama dalam larian 5KM. I can't lose this phone. Tapi langkahku silap ketika ingin mencapai telefon bimbit tersebut, kayakku bergerak mengikut badanku sehingga membuatkan aku terjatuh ke dalam sungai tersebut.
"Emy!" hanya itu yang aku dengar buat kali terakhir sebelum seluruh badanku masuk ke dalam air. Aku panik, segala ilmu yang aku belajar selama ini hilang dalam memori aku. Badanku kejung daripada berbuat sesuatu. Oksigen di dalam badanku mula keluar sedikit demi sedikit daripada mulutku sehinggakan aku tertelan air sungai itu. Silap aku jugak kerana tidak memakai jaket keselamatan dengan betul. Aku dapat melihat jaket keselamatan itu tertanggal daripada tubuhku dan naik ke atas permukaan air, seseorang mula terjun ke dalam air sebelum semuanya gelap.
Aku mula membuka mata apabila terasa dadaku ditekan bagaikan diberi CPR dan namaku dipanggil. Ugh. Bising. Dadaku sakit. Aku batuk. Terasa sesuatu ingin keluar daripada mulutku. Aku bangun daripada baring dan duduk sambil memuntahkan air daripada badanku. Terasa badanku ditepuk seseorang dari belakang.
Aku melihat gerangan yang sedang menolong aku. Mamat pilot tu? Pakaiannya kelihatan basah, rambutnya juga basah. Dia ke yang tolong aku tadi? Tapi kat sini dah takde yang basah baju, aku melihat sekeliling.
"Terima kasih" ujarku dengan suara serak. Tekakku masih sakit kerana tertelan air sungai dengan begitu banyak. Dia meletakkan sehelai tuala kedua-dua bahuku, mengelakkan aku daripada kesejukan.
Matanya mencerlung tajam memandang aku. Dia kemudian bangun dari sebelah aku lalu berlalu pergi sambil mengeluarkan phone dari kocek seluarnya. Dahiku berkerut, kenapa dia nak marah aku? Bukannya aku sengaja, dan bukannya aku kenal dia pon.
Mataku hanya mengikut gerak langkahnya yang semakin lama semakin menjauh sehingga dia hilang daripada pandanganku.
"Emy! Kau okay tak." Rose datang ke sebelah aku. Memeriksa muka aku yang begitu pucat.
"Aku okay" jawabku perlahan. Aku masih letih akibat kejadian tadi.
"Emy aku mintak maaf, aku sepatutnya tak buat race tu tadi kalau aku tau macam ni." Hazel meminta maaf kepada aku. Aku tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalaku. Bukan salah dia.
"Bukan salah kau Hazel, aku yang cuai tadi. Jangan risau lah, aku pon selamatkan."
"Ye la, kau bernasib baik tau tak, kalau bukan lelaki tu yang selamatkan kau tadi kiteorang dah taktau nak buat apa tau." mata Rose kelihatan merah. Dia menangis ke? Aku hanya mendengar.
"Tapi kan Emy, apa jadi dekat life jacket kau? Macam mana boleh tercabut?" aku terkaku.
"Aku tersalah pakai." ujarku kelat. Semua mengerutkan dahi. Pelik. Kerana mereka tahu aku bukan seorang yang cuai.
"Dah jom, aku nak balik bilik. Aku penat. Sorry sebab aku, semua bazirkan masa." ujarku perlahan.
"Nyawa kau lagi penting Emy." aku tersenyum. Mataku melihat sekeliling, mencari figura yang menyelamatkan aku sebentar tadi. Tapi hampa, kerana dia sudah tiada di situ.
Labels: Pretend
Emily's POV
Aku melangkah keluar daripada boat tersebut lalu naik ke atas jeti. Aku merupakan orang yang terakhir keluar daripada boat tersebut. We have arrived! Pulau Dayang Bunting. It's not that aku tak pernah datang, aku cuma tak pernah datang dengan member. Ni nasib baik abang berjaya pujuk mama dengan abah, kalau tak memang tak dapat la aku nak merasa travel with fwens.
"Weh dah sampai geng!" jerit Hani dengan kuat. Aku meggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia ni memang tak pandang kiri kanan betul la.
Aku mengeluarkan phone daripada sling bag untuk mengambil video. Pemandangan pulau ini begitu cantik dan tenang. Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang menyerupai dayang bernama Mambang Sari. Dalam perjalanan ke Pulau Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.
Aku kemudian berjalan di atas jeti tersebut menuju ke arah pulau tersebut dengan lebih dalam. Kami sama sama memanjat tangga yang sederhana panjang untuk masuk dengan lebih dalam.
Di akhir tangga tersebut, kami di banjiri dengan orang ramai sedang bermandi manda, picnic, bermain kayak dan juga paddle carβyou know yang kereta yang kena kayuh atas air, idk what it is called. Oh by the way kat sini ada monyet jugak, so makanan tu be careful π
Kami berhenti untuk mengambil gambar, thanks God sebab Hani bawa tripod. Tak perlu susah susah, 'excuse me, can you take our pictures please?'.
"Koranggggg, jom naik benda tu" aku menunjukkan ke arah paddle car setelah selesai mengambil gambar 'instagram worthy'. Yes, kami cerewet dalam setiap gambar yang diambil. Mesti orang yang lalu lalang pon pening melihat kami.
Setelah selesai mencuba semua benda yang berada disitu, kecuali mandi yes, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.
"Weh korang" ujarku mendapatkan perhatian semua kawan-kawanku. Aku menghentikan langkah untuk pulang ke jeti.
"Jom buat bet nak?" Rose memandang pelik.
"Bet apa?" soal Hazel.
"Siapa sampai paling lambat dekat bawah kena belanja semua Starbucks without promotion. Tak kira la orang tu nak apa and berapa. Deal?" jawabku sambil menjongketkan kening. Mereka memandang sesama sendiri dengan muka serious kemudian tersenyum sinis memandang aku lalu mengangguk.
"Deal!" jawab mereka serentak. Nice. Semua bersiap sedia untuk berlari ke bawah. Masing masing tak nak jadi orang last untuk belanja semua. Bukannya taknak belanja, diaorang semua akan buat pedajal sengaja beli banyak nak suruh broke. Parah betul ada member macam ni.
"Okay. 3, 2, 1, set, go!" semua berlari menuruni tangga yang tidak begitu curam tersebut. Akibat ramai orang, kami terpaksa menyelit antara satu sama lain dan mengawal diri daripada jatuh. Safety first gais.
Aku menuruni tangga tersebut dengan laju. Luckily aku tak pakai heels harini, kalau tak buat scene je kat sini. Well, I'm not fond of heels anyway, sneakers lagi best, comfy gitchuw. Lagi tinggal beberapa steps untuk sampai ke bawah, aku berpaling ke belakang sambil memperlahankan langkah untuk melihat kawan-kawanku. Aku tergelak kecil melihat mereka struggle untuk menyelit diantara orang ramai. Sebaik sahaja aku ingin pandang ke hadapan kembali, entah macam mana aku boleh tersalah langkah, aku hampir tersadung ke atas tanah.
Auch!
"Hey! Be careful!" belum sempat aku merasa tanah, ada sepasang tangan menangkap badanku daripada jatuh. Fuh! Kalau tak naya, free free je dapat rasa kelembutan tanah harini. Eh tapi, kejap. Aku melihat tangan yang melingkar dipinggangku lalu memandang empunya badan.
Seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna baby blue. Mukanya aku tak dapat lihat dengan jelas sebab dia memakai mask berwarna hitam. Ingat handsome ke? Tapi memang handsome sebab kulit dia putih and even aku tak dapat tengok full face dia, hanya daripada mata dia dah nampak dia sebenarnya handsome.
"Th-Thank you" aku tergagap sambil memboloskan diri daripada pelukannya. Is that even called as pelukan? Whatever. Dia cepat cepat melepaskan tangannya lalu memandang ke arah lain.
"Lain kali jalan, jangan lari tempat sesak macam ni. Orang panggil cari nahas" ujarnya sambil berlalu pergi. Aku mengerutkan dahi, kenapa macam kenal je tone tu. Him. Aku segera mengangkat muka mencari susuh tubuk lelaki tadi, tetapi tiada. Eh, cepatnya hilang. Aku mengeluh kecil.
"Emylia!" kedengaran suara salah seorang daripada rakanku menyedarkan aku kembali ke alam nyata. Mereka dah sampai ke penghujung tangga menunggu aku. Chett, how come aku boleh kalah dengan diaorang. Dengan cepat aku melangkah ke arah mereka.
"Kau bet, kau yang kalah eh Emy." Hazel tertawa kecil. Aku mencebikkan muka.
"Sorry but not so sorry Emy , you have to use lots of your money soon." ujar Hani dengan senyuman ikhlasnya. I pout. Ini yang taknak ni. My money tsk.
"Dahla jom, nak pegi tempat lain pulak" aku menarik tangan mereka. Dalam pada itu aku memandang ke belakang untuk melihat lelaki yang menyelamatkan aku tadi namun hampa, aku tak nampak pon bayang bayang dia. Aku mengeluh kecil.
"Kau asal Emy? Apa yang kau cari? Crush ke?" soal Rose sambil menjongketkan keningnya.
"Oh! Kau ada crush eh? Mana mana, handsome tak?" laju Hani memusingkan kepalanya mencari gerangan tersebut.
"Mana ada lah, aku just nak tengok balik keindahan semula jadi ni. Kau apa tau." aku menarik mereka ke arah boat yang sedang menunggu kami.
"CHOCOLATESSS!" mataku bersinar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Haji Ismail Group. HIG memang terkenal dengan pelbagai coklat yang dijual dengan harga duty free. Aku dengan laju mengambil troli dan meneruskan langkah ke satu tempat meninggalkan rakanku dibelakang.
Aku mengambil paket oren yang berada di hadapan aku. Reese's Peanut Butter Cup. Coklat yang didalamnya mempunyai peanut butter. Aku memang hantu coklat ni, tapi coklat ni susah nak cari dekat tempat lain kecuali Langkawi. Aku pon taktau kenapa coklat ni tak famous sangat.
Aku mengambil 5 paket family pack dan 2 kotak lalu memasukkan ke dalam troli. Ni semua hanya untuk aku sorang ye. Kenapa? sebab semua family aku takkan makan coklat ni. Well, the exact words is aku takkan bagi diaorang makan. Nope, these chocolates are mine.
Aku kemudiannya meneruskan shopping coklat untuk dibawa pulang. Aku mengambil segala jenis Cadbury yang ada, Milka yang vegeterian, beberapa packet Kisses, beberapa kotak Beryl's Tiramisu lebih green tea because green tea is so freaking good, a few bekas Celebration. Boi, celebration is a combi of mini mars, twix, snickers, galaxy, bounty, and aku tak ingat dah.
Aku kemudian berjalan ke rak yang lain mengambil beberapa paket Whittaker's Almond Gold, banyak paket Rotter Sport because this one is everyone's favorite. Aku mengambil pelbagai jenis chocolate yang ada, Ferrero Rocher, caramel, Maltese, Nutella, Pepero. Oh ni half guna duit abang, so tak risau sangat duit aku habis ehe.
Aku meneruskan perjalanan ke arah rak cereal. Damn, they got Reese's cereal and Oreo also. I'm taking them. Tanpa berfikir panjang, aku mengambil dua kotak of each Reese's, Oreo, Milo, Coco Crunch, Cookie Crisp dan Chips Ahoy. Aku juga mengambil beberapa bekas spread Lotus dan Nutella. The Lotus one you guys should try, it's soooo good.
Bila aku rasa aku dah ambik semua yang aku nak, aku melihat troli yang aku bawa.... Mak aih, nak penuh satu troli. Ni aku nak jual balik ke apa. Aku mula melihat kiri dan kanan mencari rakan-rakanku. Aku mula melangkah ke arah mereka yang tidak jauh daripada aku.
"Hai Emy, baru ingat kitaorang?" perli Hani apabila menyedari kedatanganku. Aku tersengih seperti kerang wangi.
"Ala salah chocolates la, sapa suruh heaven sangat sampai aku lupa korang." aku menunjukkan muka tidak bersalah. hehe.
Kami mula beransur ke kaunter untuk membuat bayaran.
Labels: Pretend
Emylia's POV
"Masyehh abang" ucapku sebaik sahaja Zafran memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk KLIA.
Zafran menurunkan kaca mata hitamnya lalu menjeling aku yang sedang tersengih memandangnya.
"Eleh, buat baik pulak" dia mencebik.
"Hehe, mestilah. Abang dah tolong Zara dapatkan approval daripada mama abah. You're the best bang" aku mengangkat kedua ibu jariku.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, syara Zafran memberhentikan pergerakan aku.
"Nah, ni untuk Zara." dia menghulurkan beberapa keping not berwarna ungu. Aku memandang Zafran pelik.
Aku meletakkan tanganku di atas dahi milik Zafran. Tak panas. Aku memegang kedua pipinya lalu menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Masih okay. Dahinya berkerut.
"Abang okay tak? Ke abang pergi langgar pape tadi?" soalku pelik. Mana tak pelik oi, takde angin melintang tiba tiba nak bagi duit.
"Abang okay la, kalau tak, mama takkan bagi abang keluar hantar adik ni"
"Dahtu, kalau abang okay, duit ni untuk apa? Zara tak mintak pon. Abang guna je la duit tu. Kalau abnag taknak guna jugak, abang simpan buat perhiasan" Zafran mengeluh. Aku mengerutkan lagi dahi aku.
"Ni untuk adik la, nak belanja kat sana nanti. Bukannya abang taktau, adik ni hantu chocolate nombor satu" aku tersengih. Hehe. Alaa bukan salah pon, chocolate sedap apa.
"Tapi..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Zafran mencelah. Ei dia ni, bagi la orang habiskan ayat dulu.
"Takde tapi tapi, take it or leave it. Kalau Zara taknak ambik, I can just call abah cakap cancel la bagi Zara travel" Zafran menjongketkan sebelah keningnya sambil tersenyum jahat. Ei, main ugut pulak mana aci.
"Fine, Zara ambil. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Abang jugak yang miskin nanti." aku mencebik sambil mengambil not yang berada ditangannya. Dia hanya tergelak. Gelak gelak, aku pau betul baru tau. Aku membuka pintu kereta lalu keluar daripada badan kereta tersebut.
"Bye abang, see you in three days. Jangan rindu Zara tau" ucapku nakal sambil menutup pintu kereta. Aku mengenyitkan mataku ke arahnya.
"Zara pergi sana jangan nak menggatal eh. Kalau abang dapat tau, abang ikat dekat pokok kerengga nanti" warning sudah dapat maaa.
"Can't promise!" laungku sambil tergelak. Aku berjalan ke arah pintu masuk. Aku berjalan laju sambil menarik bagasi ke arah susuk tubuh yang amat aku kenali.
"Girls!" aku memeluk mereka.
"Kau asal lambat? Dari tadi kiteorang tunggu tau. Lapar ni" marah Hazel. Aku tersengih sambil melepaskan pelukan.
"Alaa sorry la, kucing aku tiba tiba mengeow mintak makanan." aku membuat muka tidak bersalah. Yang sebenarnya adalah aku lupa tengok masa, khusyuk sangat layan drama sampai lupa.
"Disebabkan oleh kau lambat, so kau kena belanja kiteorang makan. Noktah." ujar Hani. Dia memandang aku sambil berpeluk tubuh.
"Aku miskin la" rungutku. Mereka mengecilkan mata memandang aku.
"Sape suruh buat kiteorang tertungu" balas Rose pula.
"Korang sepakat eh, mana aci. Fine, McFlurry je tau" aku membalas tidak ikhlas. Mereka tersenyum kemenangan. Aku mencebik. Siap korang.
"Kiteorang saje je kacau kau, tapi McFlurry still onz. Kiteorang lapar ni" ujar Rose sambil mengusap perutnya. Aku tergelak kecil.
"Leggo" Rose meletakkan tangannya di atas bahuku lalu menarik aku ke arah McDonald's.
"Weh aku dah cakap mamat tu handsome kau taknak dengar. Aku dah suruh kau tengok tadi kau taknak tengok" omel Rose.
"Tak, cite dia kau suruh aku tengok masa dia dah pergi tau. Kau expect belakang dia tu ada screen tunjuk muka dia ke gila" marah Hani.
Aku dengan Hazel saling berpandangan lalu menggelengkan kepala. Dua orang ni memang nak suruh satu Starbucks ni dengar ke apa.
Sebaik sahaja selesai menghabiskan McFlurry, kami terus masuk check-in. Oleh kerana masih mempunyai sejam sebelum departure, Hazel mencadangkan kami lepak di Starbucks.
"Aku dah suruh kau tengok time dia dari jauh lagi, tapi kau yang sibuk sangat dengan phone kau. Kau lah yang rugi, handsome teroks" Rose sengaja menambah lagi kemarahan Hani.
"Ye la macam mana aku nak angkat kepala aku kalau Hyun Bin ni handsome sangat. Dia ni makin tua makin handsome do" aku sokong kau Hani.
"Tak handsome" balas Hazel perlahan.
"Excuse me sister" aku membuat gaya James Charles.
"Okay fine, dia handsome. Tapi dia tua... "
"Bro, dia baru 30 lebih. Mana ada tua, well kinda but not that tua okay. And he's freaking handsome and cute" Rose mencelah dengan laju membuatkan Hazel tidak sempat menghabiskan kata katanya.
"Tak yang kita tiba tiba gaduh pasal Hyun Bin ni dah kenapa?" soal Rose.
"Kaulah yang start dulu" aku menyalahkannya. Suka cari salah orang haih.
"Eh aku pulak kena" aku mengangkat bahu sambil tersenyum senget. Ehe.
"Aku nak pergi toilet jap" aku bangun dari tempat duduk lalu menuju ke arah tandas tidak jauh daripada situ. Jauh la jugak, tapi takde la jauh sangat.
Aku membetulkan kedudukan tudungku di hadapan cermin. Aku mengeluarkan lipmatte lalu memberikan sedikit sentuhan kepada bibirku supaya tidak kelihatan begitu pucat. Kemudian membasuh tanganku sambil menyanyikan lagu happy birthday sebanyak dua kali didalam hati. Hygiene first.
A/N β Don't forget to wash your hands with soap for at least 20 seconds or two times happy birthday song.
Aku mengeluarkan phone daripada poket seluar untuk melihat notifications sambil berjalan keluar daripada tandas. Mostly daripada Zafran. Pahal abang aku yang risau lebih daripada abah, mama dengan along ni. Aku membuka message daripadanya.
Brother Zafran π§π»ββοΈ
Adik
Oi adik
Zara
Kat mana
Oi budak
Jawab la makcik
Adik, kau kena culik ke dik?
Oi
Zara intan payung
Ko jawab skunk
Wow, abang aku rempit geng. Saat aku sedang ralit melihat phone, aku terlanggar dinding. Auch. Aku mengangkat kepala daripada memandang phone. Mataku membulat besar. Jap geng, ni bukan dinding gais. Ni manusia. A human being gais. Handsome pulak tu. Eh? Nakal.
Mukanya bukan muka melayu. Is he even Malay tho? Dia macam more to Japanese. Wow ni first time aku jumpa Japanese handsome.
"Hey! Watch your steps" marahnya menghentikan lamunanku. Dia memandangku tajam disebalik cermin mata hitamnya. Macam mana aku tau? Sebab aku dapat rasa goosebumps so aku agak je la.
"I'm sorry, I didn't see you" ujarku perlahan.
"Macam mana nak nampak kalau mata tu asyik tengok phone je. Jalan ni bukan kau sorang yang guna. Lain kali kalau nak jalan pandang depan, bukan pandang phone."
Eh eh, melebih eh mamat pilot ni. Macam mana aku tau? Sebab dia memakai uniform pilot. Belum sempat aku membalas, dia pergi meninggalkan aku terpinga pinga di tengah tengah hallway tersebut. Aku memandang susuk tubuhnya yang semakin menjauh dengan geram. Ei annoyingnya ergh.
Labels: Pretend
Emylia's POV
So, before you go
Was there something I could've said to make your heart beat better?
Bunyi lagu Before You Go by Lewis Capaldi sedang dimainkan di dalam laptop sambil aku sedang menyiapkan homework yang diberikan oleh lecturer. Weekend, weekend jugak. Lecturer tak pernah lupa nak bagi homework.
Dengar lagu sendu time siapkan homework best yalls and make sure bukan homework theory ye anak anak, nanti tak masuk apa yang korang study.
"Knock Knock" bunyi ketukan kedengaran. Aku memberhentikan lagu yang dipasang. Dahiku berkerut. Dah siapa pulak kacau aku waktu waktu kritikal ni.
"Who's there?"
"Hey" jawabnya.
"Hey who?" ha ni tak lain tak bukan mesti...
"Heylo from the other side~" Zafran membuka pintu bilikku sambil menyanyikan lagu Hello by Adele. Aku tergelak kecil mendengarnya. Agak dah.
"Abang ni dah bosan sangat eh sampai dah gila macam ni?" aku meneruskan menyiapkan homework. Kerm on sikit lagi, yu ken du dis.
"Zara buat apa?" soalnya lalu membaringkan badannya di atas katilku yang berada di sebelah meja study. Aku memandangnya, ni mesti Kak Qis tak layan ni.
"Zara tengah siapkan homework ni, due date kejap lagi" aku melajukan tanganku menaip jawapan. One last sentences. And, done! Hooray! Aku tersengih sendiri.
"Haaa ni la last minute baru nak siapkan lepastu menggelabah" Zafran memandang aku dengan muka malasnya. Ini bermakna dia dah fed up ada adik macam aku. Hmph sampai hati ko bang. Aku membuat muka.
"Zara dah siap la, ha ni tinggal submit je. Hah, abang ni datang bilik Zara kenapa?" soalku sambil memusingkan badanku memandangnya.
"Saja bosan, nak kacau adik abang. Kenapa, tak boleh ke?" ujarnya sambil mengangkat sebelah keningnya. Like brother like sister. Aku mencebik.
"Alang alang abang kat sini kan. Zara nak mintak tolong boleh?" aku tersengih memandangnya. Dia menjongket sebelah keningnya. Okay green light.
"Next week my roommies ajak pergi Langkawi...." belum sempat aku menamatkan ayat aku, Zafran mencelah.
"No." haa ni yang taknak ni. Abort mission, change to Plan B.
"Alaa abang, boleh la. Zara tak pernah lagi pergi trip dengan kawan kawan." on suis untuk muka kesian.
"Kalau abang bagi sekali pon, abah takkan bagi punya." keluhnya.
"Alaaa that's your job la untuk pujuk abah"
"Eh amboi, senang kerja. Ingat abang ni apa?" dia memandangku tajam.
"Abang ni manusia la, takkan jadi goblin pulak." aku menjawab. Aku tersengih memandangnya sambil membuat muka seposen. Hehe.
"Ye la, nak pergi berapa orang? Pergi dengan apa? Berapa hari? Stay kat mana?" soalnya bertubi-tubi. Eh abang ni sejak bila masuk askar ni, dah macam machine gun.
"Empat orang termasuk Zara. Tiga hari dua malam, stay dekat hm tak sure lagi yang tu sebab kZara tengah survey tempat tinggal mana yang affordable. Nanti pergi dengan kereta Hazel, dia drive..." belum sempat aku explain, Zafran mencelah lagi.
"That's a big NO my sister" dia mula bangun dari baringannya. Oh no, this doesn't smell good.
"Alaa tapi abang..."
"No, you cannot drive pergi sana" Zafran mula mengeluarkan telefonnya daripada poket.
"Masya Allah, abang. Abang tau tak nikmat pergi trip dengan kawan naik kereta tu paling tak boleh dilupakan. Mana la tau, in future dah tak boleh nak keluar macam ni lagi dengan kawan-kawan. Ni la memory untuk masa depan nanti." aku memutar belit ayat.
"Cantik lah engkau, dah takde. Jangan harap abang nak bagi." matanya masih memandang telefon bimbit di tangan.
Strict betul.
"Tiket flight mahal la abang, I'm trying to save my money." dia mengangkat kepalanya daripada memandang phone.
"Saving kau dah habis ke dik? Zara buat apa dengan saving tu? Itula, abang dah cakap jangan asyik berbelanja dengan merch anime tu, bukannya nak dengar cakap abang ni." bebelnya lagi.
"No, ada lagi. What I'm trying to say here is I'm trying to minimise the cost. Lagipun taknak la diaorang guna duit banyak sangat." aku membuat muka kesian. Harap abang aku terbeli lah.
"Abang akan tolong Zara kalau Zara pergi sana naik flight. No more excuses" aaa ni yang leceh ni. Zafran mengeluh bila melihat aku senyap.
"I will try to ask if you can get half price. And about the tempat tinggal tu bagi abang je cari, Zara bukannya boleh harap nanti tempat apa ntah yang korang stay." aku mencebik lalu tersengih. Green light guys. Eh kejap, ayat last tu macam kenal. Ni maknanya abang nak belanja aku tempat tinggal kat sana la kan?
"Yeay, thankyou bang. I wuvvvvv you mwah" aku buat flying kiss. Zafran mencebik.
"Dengar yang last tu terus sayang kan, kalau tak memang takdenye nak cakap macam tu dekat abang."
"Bijak. No wonder la abang ni merupakan abang Zara," balasku pula sambil senyum mengejek. Tangan aku pantas memberi kedua-dua ibu jari atas kepadanya.
Dia hanya menjeling aku lalu bergerak keluar daripada bilik aku.
Aku mengambil phone aku lalu membuka application whatsapp. Satu group dicari di antara chat yang lain.
Sahabat Masjid π€ͺπ
Me:
geng, aku nak bagitau something ni.
good and bad news.
Kacang Hazelnut π°
Haaa awat?
Ko jangan cakap ko takleh join, kalau tak siap ko π‘
Sekuntum Rose πΉ
Abenda penting sangat ni?
Perutusan negara ke?
Me:
dia macam ni
sebenarnya...
Sekuntum Rose πΉ
Sebenarnya?
Kacang Hazelnut π°
Sebenarnya telah lama ku jatuh hati padamu
Eh sempat pulak dia ni menyanyi
Me:
sebenarnya aku comel
Sekuntum Rose πΉ
..
Kacang Hazelnut π°
Sebaiknya aku segera bertaubat π
Sekuntum Rose πΉ
Astaghfirullah, shaiton juga pandai menggunakan whatsapp ya sekarang.
Jap hazel, aku follow kau dari belakang
Me:
cett, tak sapot member langsung. hmph. π€
tak, macam ni. aku dah roger abang aku
aku dapat follow
Kacang Hazelnut π°
Yeayyyyy ni yang kita nak
Me:
tapi....
Sekuntum Rose πΉ
Tapi apa?
Me:
abang aku tak benarkan drive kereta dia suruh naik flight.
Sekuntum Rose πΉ
Tapi tiket flight mahal la Emy.
Me:
okay pasal tu my bro akan try cari tiket murah if available.
Kacang Hazelnut π°
Okay kalau macam tu onz
Next week jangan lupa gais
Sekuntum Rose πΉ
Noted boss
Madu Asli π―
gaissss sorry gais, aku baru on
apa yang sedang berlaku?
Me:
kau scroll la aku malas nak type balik
Selang beberapa minit, Hani masih lagi tidak muncul.
Me:
hani, kau pergi google macam mana nak scroll chat lama ke apa ni?
Madu Asli π―
ha'ah aku dah lupa macam mana nak scroll so mintak tolong pakcik gugel jap tadi
wehhh onz weh
tashaba nak chocolate hunting next week π€ͺ
Aku tergelak kecil. Aku menutup phone lalu meletakkannya diatas meja belajar. Finally, the first trip ever with my fwens.
Labels: Pretend