


Emylia's POV
"Masyehh abang" ucapku sebaik sahaja Zafran memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk KLIA.
Zafran menurunkan kaca mata hitamnya lalu menjeling aku yang sedang tersengih memandangnya.
"Eleh, buat baik pulak" dia mencebik.
"Hehe, mestilah. Abang dah tolong Zara dapatkan approval daripada mama abah. You're the best bang" aku mengangkat kedua ibu jariku.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, syara Zafran memberhentikan pergerakan aku.
"Nah, ni untuk Zara." dia menghulurkan beberapa keping not berwarna ungu. Aku memandang Zafran pelik.
Aku meletakkan tanganku di atas dahi milik Zafran. Tak panas. Aku memegang kedua pipinya lalu menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Masih okay. Dahinya berkerut.
"Abang okay tak? Ke abang pergi langgar pape tadi?" soalku pelik. Mana tak pelik oi, takde angin melintang tiba tiba nak bagi duit.
"Abang okay la, kalau tak, mama takkan bagi abang keluar hantar adik ni"
"Dahtu, kalau abang okay, duit ni untuk apa? Zara tak mintak pon. Abang guna je la duit tu. Kalau abnag taknak guna jugak, abang simpan buat perhiasan" Zafran mengeluh. Aku mengerutkan lagi dahi aku.
"Ni untuk adik la, nak belanja kat sana nanti. Bukannya abang taktau, adik ni hantu chocolate nombor satu" aku tersengih. Hehe. Alaa bukan salah pon, chocolate sedap apa.
"Tapi..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Zafran mencelah. Ei dia ni, bagi la orang habiskan ayat dulu.
"Takde tapi tapi, take it or leave it. Kalau Zara taknak ambik, I can just call abah cakap cancel la bagi Zara travel" Zafran menjongketkan sebelah keningnya sambil tersenyum jahat. Ei, main ugut pulak mana aci.
"Fine, Zara ambil. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Abang jugak yang miskin nanti." aku mencebik sambil mengambil not yang berada ditangannya. Dia hanya tergelak. Gelak gelak, aku pau betul baru tau. Aku membuka pintu kereta lalu keluar daripada badan kereta tersebut.
"Bye abang, see you in three days. Jangan rindu Zara tau" ucapku nakal sambil menutup pintu kereta. Aku mengenyitkan mataku ke arahnya.
"Zara pergi sana jangan nak menggatal eh. Kalau abang dapat tau, abang ikat dekat pokok kerengga nanti" warning sudah dapat maaa.
"Can't promise!" laungku sambil tergelak. Aku berjalan ke arah pintu masuk. Aku berjalan laju sambil menarik bagasi ke arah susuk tubuh yang amat aku kenali.
"Girls!" aku memeluk mereka.
"Kau asal lambat? Dari tadi kiteorang tunggu tau. Lapar ni" marah Hazel. Aku tersengih sambil melepaskan pelukan.
"Alaa sorry la, kucing aku tiba tiba mengeow mintak makanan." aku membuat muka tidak bersalah. Yang sebenarnya adalah aku lupa tengok masa, khusyuk sangat layan drama sampai lupa.
"Disebabkan oleh kau lambat, so kau kena belanja kiteorang makan. Noktah." ujar Hani. Dia memandang aku sambil berpeluk tubuh.
"Aku miskin la" rungutku. Mereka mengecilkan mata memandang aku.
"Sape suruh buat kiteorang tertungu" balas Rose pula.
"Korang sepakat eh, mana aci. Fine, McFlurry je tau" aku membalas tidak ikhlas. Mereka tersenyum kemenangan. Aku mencebik. Siap korang.
"Kiteorang saje je kacau kau, tapi McFlurry still onz. Kiteorang lapar ni" ujar Rose sambil mengusap perutnya. Aku tergelak kecil.
"Leggo" Rose meletakkan tangannya di atas bahuku lalu menarik aku ke arah McDonald's.
"Weh aku dah cakap mamat tu handsome kau taknak dengar. Aku dah suruh kau tengok tadi kau taknak tengok" omel Rose.
"Tak, cite dia kau suruh aku tengok masa dia dah pergi tau. Kau expect belakang dia tu ada screen tunjuk muka dia ke gila" marah Hani.
Aku dengan Hazel saling berpandangan lalu menggelengkan kepala. Dua orang ni memang nak suruh satu Starbucks ni dengar ke apa.
Sebaik sahaja selesai menghabiskan McFlurry, kami terus masuk check-in. Oleh kerana masih mempunyai sejam sebelum departure, Hazel mencadangkan kami lepak di Starbucks.
"Aku dah suruh kau tengok time dia dari jauh lagi, tapi kau yang sibuk sangat dengan phone kau. Kau lah yang rugi, handsome teroks" Rose sengaja menambah lagi kemarahan Hani.
"Ye la macam mana aku nak angkat kepala aku kalau Hyun Bin ni handsome sangat. Dia ni makin tua makin handsome do" aku sokong kau Hani.
"Tak handsome" balas Hazel perlahan.
"Excuse me sister" aku membuat gaya James Charles.
"Okay fine, dia handsome. Tapi dia tua... "
"Bro, dia baru 30 lebih. Mana ada tua, well kinda but not that tua okay. And he's freaking handsome and cute" Rose mencelah dengan laju membuatkan Hazel tidak sempat menghabiskan kata katanya.
"Tak yang kita tiba tiba gaduh pasal Hyun Bin ni dah kenapa?" soal Rose.
"Kaulah yang start dulu" aku menyalahkannya. Suka cari salah orang haih.
"Eh aku pulak kena" aku mengangkat bahu sambil tersenyum senget. Ehe.
"Aku nak pergi toilet jap" aku bangun dari tempat duduk lalu menuju ke arah tandas tidak jauh daripada situ. Jauh la jugak, tapi takde la jauh sangat.
Aku membetulkan kedudukan tudungku di hadapan cermin. Aku mengeluarkan lipmatte lalu memberikan sedikit sentuhan kepada bibirku supaya tidak kelihatan begitu pucat. Kemudian membasuh tanganku sambil menyanyikan lagu happy birthday sebanyak dua kali didalam hati. Hygiene first.
A/N — Don't forget to wash your hands with soap for at least 20 seconds or two times happy birthday song.
Aku mengeluarkan phone daripada poket seluar untuk melihat notifications sambil berjalan keluar daripada tandas. Mostly daripada Zafran. Pahal abang aku yang risau lebih daripada abah, mama dengan along ni. Aku membuka message daripadanya.
Brother Zafran 🧛🏻♂️
Adik
Oi adik
Zara
Kat mana
Oi budak
Jawab la makcik
Adik, kau kena culik ke dik?
Oi
Zara intan payung
Ko jawab skunk
Wow, abang aku rempit geng. Saat aku sedang ralit melihat phone, aku terlanggar dinding. Auch. Aku mengangkat kepala daripada memandang phone. Mataku membulat besar. Jap geng, ni bukan dinding gais. Ni manusia. A human being gais. Handsome pulak tu. Eh? Nakal.
Mukanya bukan muka melayu. Is he even Malay tho? Dia macam more to Japanese. Wow ni first time aku jumpa Japanese handsome.
"Hey! Watch your steps" marahnya menghentikan lamunanku. Dia memandangku tajam disebalik cermin mata hitamnya. Macam mana aku tau? Sebab aku dapat rasa goosebumps so aku agak je la.
"I'm sorry, I didn't see you" ujarku perlahan.
"Macam mana nak nampak kalau mata tu asyik tengok phone je. Jalan ni bukan kau sorang yang guna. Lain kali kalau nak jalan pandang depan, bukan pandang phone."
Eh eh, melebih eh mamat pilot ni. Macam mana aku tau? Sebab dia memakai uniform pilot. Belum sempat aku membalas, dia pergi meninggalkan aku terpinga pinga di tengah tengah hallway tersebut. Aku memandang susuk tubuhnya yang semakin menjauh dengan geram. Ei annoyingnya ergh.
Labels: Pretend