+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
Pretend - Chapter 1
Tuesday, 28 April 2020 • 4/28/2020 10:24:00 pm • 0 comments

Emylia's POV

Aku melihat jam tanganku buat kali yang ke-sepuluh.

"Ish mana dia ni, lambat sangat ni haih" keluhku perlahan.

Aku dah sejam berada di hadapan pintu balai ketibaan tapi dia masih tak keluar daripada pintu tersebut. Aku mengambil smartphone daripada poket seluar dan terus menelefonnya.

"You've reached the voicemail box for the number..." aku mematikan panggilan tersebut dengan segera.

Mukaku masam. Tengah fikir nak bunuh dia guna pistol ke guna grenade. Kalau grenade cepat sangat mati, kalau pistol terlalu normal.

Sedang aku berfikir, aku ternampak figura yang amat ku kenali keluar daripada pintu balai ketibaan dengan membawa bagasi kecil. Dengan serta merta, segala kemarahanku sebentar tadi lenyap dengan begitu saja.

"Abang!" aku memeluknya sebaik sahaja dia berhenti dihadapanku. Dia menggosok kepala aku. Aku segera menolaknya.

"Ei rosak rambut Zara nanti, dahla Zara tunggu abang lama. Sejam tu bukannya kejap, lain kali roger la Zara kalau flight delay. Kalau tak Zara boleh habiskan satu episode drama tadi" ujarku sambil melepaskan pelukanku lalu berpeluk tubuh memandangnya.

"Alaa sorry la. Abang bukannya taknak inform Zara, tapi masa tu abang dah dalam cabin, mana boleh main phone" ujarnya sambil tersengih menayang giginya seperti kerang busuk. Ingat comel ke? Hmph!

"Okay okay, jom abang belanja llao llao nak?" tanya Zafran. Aku serta merta tersenyum mendengar ayat tersebut.

"Nice! Ni yang Zara tunggu daripada tadi. Lambat sangatlah abang ni" ujarku sambil tersengih. Zafran terus menjetik dahiku. Ouch! Dia ni jentik tak pernah lembut. Aku menggosok dahiku sambil menunjukkan muka tidak puas hati kepadanya. Apa salah adikmu ini wahai abang.

"Mengada. Dah jom, bawak luggage abang" dia menyerahkan luggage dan meletakkan topinya di atas kepala aku. Aku memandang Zafran dengan muka masam melihatnya yang tersenyum lalu berjalan meninggalkan aku sendiri.

Hampeh punya abang, sabar aje ada abang macam ni. Aku membetulkan topi di atas kepala aku lalu menarik luggage miliknya mengekori Zafran yang sudah jauh ke hadapan.

Sebaik sahaja aku dapat frozen yoghurt, aku terus mencari tempat duduk di dalam kedai tersebut meninggalkan abang aku di counter untuk menyelesaikan bayaran. Frozen yoghurt with caramel so good!

Abang duduk dihadapanku dengan semangkuk frozen yoghurt bersaiz kecil miliknya. Aku? Mestilah large. Kalau nak pau abang, kena pau habis habisan.

"Zara, how your studies? Okay?" Zafran memulakan perbualan sambil menjamah yoghurt tersebut. Mukanya berkerut. My brother was never fond over yoghurt. Aku tersengih melihatnya.

"Okayla setakat ni. I like law but I'm that lazy to read" aku tersengih memandangnya yang memandangku tajam.

"Tak, tak. It's interesting tapi dia macam banyak sangat. Tapi Zara suka. About the other subject tu, susah sikit. Zara dah belajar tau before this, it's just lagi advanced tapi Zara rasa macam Zara baru belajar ugh" sambungku pantas bila melihat tangannya yang lagi tiga saat nak jentik aku. Fuh selamat.

"Why not nanti mintak tolong Qis ajarkan. She's gonna be here in a few weeks." mataku berseri mendengar ayatnya. Aku berhentikan suapanku dengan serta merta.

"Kak Qis gonna be here? Seriously? For good?" soalku pantas. Zafran hanya tersenyum memandangku lalu mengangguk. Aku tersengih. Yes! This is what I want.

Qistina merupakan girlfriend Zafran, mereka telah bersama sudah hampir empat tahun. Qistina menyambung pelajarannya dalam bidang professional ACCA di luar negara, sama dengan aku.

Aku? Aku ambik dekat Malaysia je, jimat duit lagipun dekat dengan parents hihi.

"Abang mesti rindu dia kan? Ye la Kak Qis kan dah lama kat sana. Tak risau ke dia bawak balik orang lain" soalku nakal. Aku mengangkat sebelah keningku sambil tersenyum senget.

"Buat apa nak rindu kat dia. So, lantak pi lah dia" ujarnya tanpa perasaan. Chet! Sembang kencang la abang aku ni. Pesan kat Kak Qis suruh bawak balik betul baru tau langit ni tinggi ke rendah.

"Nanti mesti abang nak kahwin kan. I can't wait to see you getting married but I don't want you to get married." ujarku perlahan.

"Eh amboi, kenapa pulak? Along kahwin boleh je, Zara tak larang pon. Tak kesian ke dekat abang membujang sampai tua"

"Alaa, Along lain la. Ye la nanti abang dah tak layan Zara macam mana abang layan Zara sekarang. I don't want to lose you." Zafran tersenyum.

"Zara, layanan abang takkan berubah. Okay mungkin berubah lah sikit, tak, banyak sebab abang lagi sayangkan Kak Qis daripada Zara" aku mencubit lengannya kuat. Haaa main main lagi. Muka Zafran berkerut menahan sakit lalu tergelak.

"Zara ni ketam la. Patutla takde orang nak." Mukanya masam tanda merajuk. Aku memandangnya tajam. Ingat comelke? Dengan adik tak berkesanlah abang. Dia menggosok perlahan lengannya.

"You're my forever lil sister, macam mana Zara nak lari daripada abang. I'm gonna take care of you till the end of my life selain our parents and Along." Zafran berhenti seketika. Matanya memandang mata aku.

"Unless, you have someone else in your life, and there my sister, he have to like wajib take care of you like how abang jaga Zara. Oh and dia kena mintak approval daripada abang dulu before he can be my adik ipar you know. Kalau tak, nanti abang fikir nak langgar dia dengan jet ke dengan kereta kebal." sambung Zafran sambil memikirkan rancangannya. Aku tergelak. Goodluck future husband!

"Oh by the way kan abang, Zara lupa nak bagitau yang abah suruh balik awal sebab nak dinner. Along ada kat rumah this weekend." aku tersengih sambil membuat simbol peace. Aku dah sedia menerima abang aku bertukar jadi hulk kejap lagi.

"Zara kenapa tak bagitau abang awal awal?!" marahnya sambil melihat jam yang berada dipergelangan tangannya. 7.15 PM. I'm dead. Aku menelan air liur kasar. Tiba tiba berpasir pulak tengkuk ni.

"Tak sempat adik nak cakap, abang dah ajak datang sini. Abang tau kan adik tak boleh resist makanan ni." Ujarku perlahan sambil membuat muka innocent. Mohon abang aku terbeli la dengan muka adiknya yang comel ni. Dia menggulingkan matanya ke atas.

"Dah jom, nanti abang yang kena marah, bukannya Zara." ujarnya lalu bangun daripada tempat duduknya. Fuh selamat. Aku tersengih.

Labels:




PAST FUTURE