+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
Pretend - Chapter 4
Wednesday, 29 April 2020 • 4/29/2020 04:35:00 pm • 0 comments

Emily's POV

Aku melangkah keluar daripada boat tersebut lalu naik ke atas jeti. Aku merupakan orang yang terakhir keluar daripada boat tersebut. We have arrived! Pulau Dayang Bunting. It's not that aku tak pernah datang, aku cuma tak pernah datang dengan member. Ni nasib baik abang berjaya pujuk mama dengan abah, kalau tak memang tak dapat la aku nak merasa travel with fwens.

"Weh dah sampai geng!" jerit Hani dengan kuat. Aku meggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia ni memang tak pandang kiri kanan betul la.

Aku mengeluarkan phone daripada sling bag untuk mengambil video. Pemandangan pulau ini begitu cantik dan tenang. Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang menyerupai dayang bernama Mambang Sari. Dalam perjalanan ke Pulau Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.

Aku kemudian berjalan di atas jeti tersebut menuju ke arah pulau tersebut dengan lebih dalam. Kami sama sama memanjat tangga yang sederhana panjang untuk masuk dengan lebih dalam.

Di akhir tangga tersebut, kami di banjiri dengan orang ramai sedang bermandi manda, picnic, bermain kayak dan juga paddle car—you know yang kereta yang kena kayuh atas air, idk what it is called. Oh by the way kat sini ada monyet jugak, so makanan tu be careful 😉

Kami berhenti untuk mengambil gambar, thanks God sebab Hani bawa tripod. Tak perlu susah susah, 'excuse me, can you take our pictures please?'.

"Koranggggg, jom naik benda tu" aku menunjukkan ke arah paddle car setelah selesai mengambil gambar 'instagram worthy'. Yes, kami cerewet dalam setiap gambar yang diambil. Mesti orang yang lalu lalang pon pening melihat kami.

Setelah selesai mencuba semua benda yang berada disitu, kecuali mandi yes, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

"Weh korang" ujarku mendapatkan perhatian semua kawan-kawanku. Aku menghentikan langkah untuk pulang ke jeti.

"Jom buat bet nak?" Rose memandang pelik.

"Bet apa?" soal Hazel.

"Siapa sampai paling lambat dekat bawah kena belanja semua Starbucks without promotion. Tak kira la orang tu nak apa and berapa. Deal?" jawabku sambil menjongketkan kening. Mereka memandang sesama sendiri dengan muka serious kemudian tersenyum sinis memandang aku lalu mengangguk.

"Deal!" jawab mereka serentak. Nice. Semua bersiap sedia untuk berlari ke bawah. Masing masing tak nak jadi orang last untuk belanja semua. Bukannya taknak belanja, diaorang semua akan buat pedajal sengaja beli banyak nak suruh broke. Parah betul ada member macam ni.

"Okay. 3, 2, 1, set, go!" semua berlari menuruni tangga yang tidak begitu curam tersebut. Akibat ramai orang, kami terpaksa menyelit antara satu sama lain dan mengawal diri daripada jatuh. Safety first gais.

Aku menuruni tangga tersebut dengan laju. Luckily aku tak pakai heels harini, kalau tak buat scene je kat sini. Well, I'm not fond of heels anyway, sneakers lagi best, comfy gitchuw. Lagi tinggal beberapa steps untuk sampai ke bawah, aku berpaling ke belakang sambil memperlahankan langkah untuk melihat kawan-kawanku. Aku tergelak kecil melihat mereka struggle untuk menyelit diantara orang ramai. Sebaik sahaja aku ingin pandang ke hadapan kembali, entah macam mana aku boleh tersalah langkah, aku hampir tersadung ke atas tanah.

Auch!

"Hey! Be careful!" belum sempat aku merasa tanah, ada sepasang tangan menangkap badanku daripada jatuh. Fuh! Kalau tak naya, free free je dapat rasa kelembutan tanah harini. Eh tapi, kejap. Aku melihat tangan yang melingkar dipinggangku lalu memandang empunya badan.

Seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna baby blue. Mukanya aku tak dapat lihat dengan jelas sebab dia memakai mask berwarna hitam. Ingat handsome ke? Tapi memang handsome sebab kulit dia putih and even aku tak dapat tengok full face dia, hanya daripada mata dia dah nampak dia sebenarnya handsome.

"Th-Thank you" aku tergagap sambil memboloskan diri daripada pelukannya. Is that even called as pelukan? Whatever. Dia cepat cepat melepaskan tangannya lalu memandang ke arah lain.

"Lain kali jalan, jangan lari tempat sesak macam ni. Orang panggil cari nahas" ujarnya sambil berlalu pergi. Aku mengerutkan dahi, kenapa macam kenal je tone tu. Him. Aku segera mengangkat muka mencari susuh tubuk lelaki tadi, tetapi tiada. Eh, cepatnya hilang. Aku mengeluh kecil.

"Emylia!" kedengaran suara salah seorang daripada rakanku menyedarkan aku kembali ke alam nyata. Mereka dah sampai ke penghujung tangga menunggu aku. Chett, how come aku boleh kalah dengan diaorang. Dengan cepat aku melangkah ke arah mereka.

"Kau bet, kau yang kalah eh Emy." Hazel tertawa kecil. Aku mencebikkan muka.

"Sorry but not so sorry Emy , you have to use lots of your money soon." ujar Hani dengan senyuman ikhlasnya. I pout. Ini yang taknak ni. My money tsk.

"Dahla jom, nak pegi tempat lain pulak" aku menarik tangan mereka. Dalam pada itu aku memandang ke belakang untuk melihat lelaki yang menyelamatkan aku tadi namun hampa, aku tak nampak pon bayang bayang dia. Aku mengeluh kecil.

"Kau asal Emy? Apa yang kau cari? Crush ke?" soal Rose sambil menjongketkan keningnya.

"Oh! Kau ada crush eh? Mana mana, handsome tak?" laju Hani memusingkan kepalanya mencari gerangan tersebut.

"Mana ada lah, aku just nak tengok balik keindahan semula jadi ni. Kau apa tau." aku menarik mereka ke arah boat yang sedang menunggu kami.





"CHOCOLATESSS!" mataku bersinar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Haji Ismail Group. HIG memang terkenal dengan pelbagai coklat yang dijual dengan harga duty free. Aku dengan laju mengambil troli dan meneruskan langkah ke satu tempat meninggalkan rakanku dibelakang.

Aku mengambil paket oren yang berada di hadapan aku. Reese's Peanut Butter Cup. Coklat yang didalamnya mempunyai peanut butter. Aku memang hantu coklat ni, tapi coklat ni susah nak cari dekat tempat lain kecuali Langkawi. Aku pon taktau kenapa coklat ni tak famous sangat.

Aku mengambil 5 paket family pack dan 2 kotak lalu memasukkan ke dalam troli. Ni semua hanya untuk aku sorang ye. Kenapa? sebab semua family aku takkan makan coklat ni. Well, the exact words is aku takkan bagi diaorang makan. Nope, these chocolates are mine.

Aku kemudiannya meneruskan shopping coklat untuk dibawa pulang. Aku mengambil segala jenis Cadbury yang ada, Milka yang vegeterian, beberapa packet Kisses, beberapa kotak Beryl's Tiramisu lebih green tea because green tea is so freaking good, a few bekas Celebration. Boi, celebration is a combi of mini mars, twix, snickers, galaxy, bounty, and aku tak ingat dah.

Aku kemudian berjalan ke rak yang lain mengambil beberapa paket Whittaker's Almond Gold, banyak paket Rotter Sport because this one is everyone's favorite. Aku mengambil pelbagai jenis chocolate yang ada, Ferrero Rocher, caramel, Maltese, Nutella, Pepero. Oh ni half guna duit abang, so tak risau sangat duit aku habis ehe.

Aku meneruskan perjalanan ke arah rak cereal. Damn, they got Reese's cereal and Oreo also. I'm taking them. Tanpa berfikir panjang, aku mengambil dua kotak of each Reese's, Oreo, Milo, Coco Crunch, Cookie Crisp dan Chips Ahoy. Aku juga mengambil beberapa bekas spread Lotus dan Nutella. The Lotus one you guys should try, it's soooo good.

Bila aku rasa aku dah ambik semua yang aku nak, aku melihat troli yang aku bawa.... Mak aih, nak penuh satu troli. Ni aku nak jual balik ke apa. Aku mula melihat kiri dan kanan mencari rakan-rakanku. Aku mula melangkah ke arah mereka yang tidak jauh daripada aku.

"Hai Emy, baru ingat kitaorang?" perli Hani apabila menyedari kedatanganku. Aku tersengih seperti kerang wangi.

"Ala salah chocolates la, sapa suruh heaven sangat sampai aku lupa korang." aku menunjukkan muka tidak bersalah. hehe.

Kami mula beransur ke kaunter untuk membuat bayaran. 

Labels:




PAST FUTURE