+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
Pretend - Chapter 3.1
Saturday, 25 September 2021 • 9/25/2021 05:10:00 am • 0 comments

 Ryan's POV

Bunyi telefon daripada poket seluar memperlahankan perjalanan aku. Aku mengeluarkan telefon, lalu melihat nama yang terpapar pada skrin. Aku menekan butang hijau lalu meletakkan di telinga.

"Haaa ye baby, baby nak apa call abang ni?" ujarku sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Abah kau baby, aku baby kan kau kejap lagi baru tau." aku tergelak kecil sebaik sahaja mendengar amarah si pemanggil.

"Haa kau nak apa? Cepat sikit, aku dah on the way nak masuk cabin ni." soalku peik. Belum pernah dia ni call aku time dia tau aku ada kapal nak kena terbangkan ni.

"Flight kau pergi Langkawi kan harini?" soalnya. Aku mengerutkan dahi.

"Ha'ah, kenapa? Kau nak tempah coklat ke apa? Kalau ngan kau, dia jadi dua kali ganda harga belum masuk service charge." aku mendengar Zafran mengomel ditalian sana.

"Cekik darah kau ni. Kesian sape yang kirim kat kau." aku tergelak kecil.

"Dengan kau je aku mark-up extra baik punya. Alah kau kan dah tak bagi nafkah kat aku, aku mintak la cara lain."

"Kepala hotak dia." marah Zafran di hujung talian. Aku menahan gelak. Seronok buat orang marah ni.

"Tak, aku call kau ni nak mintak tolong kau tengokkan adik aku kat sana nanti." sambung Zafran ssbaik sahaja selesai memaki hamun Ryan.

"Adik kau? Kenapa aku pulak kena jadi babysitter ni. Penat tau aku ambik lesen nak jadi pilot, last skali kena jaga adik kau." rungutku.

"Alaaa boleh la Ryan, kau kan kawan baik aku." pujuk Zafran.

"Wow, ni ke Zafran yang aku kenal. Boleh, seratus sejam tau. Penat nak jadi babysitter ni." Luahku mengada.

"Ah banyak la kau, balik nanti aku roger kau nak apa, aku belanja."

"Okay onz, nanti hantar gambar adik kau. Macam lah aku kenal dia sapa." sebaik sahaja aku mengucapkan ayat tersebut, aku terus meletakkan panggilan.

Ting!

Aku membuka whatsapp daripada Zafran.

Photo

Menipu je ek kau tak kenal adik aku.
Kau jaga adik aku baik baik, kalau jadi pape siap kau.

Me:

Ye la, aku tak kenal sape adik kau.
Aku kenal bakal wife aku je.
Bismillah, Assalamualaikum bakal abang iparku 😚

Astaghfirullah, macam mana syarikat ni boleh ambil kau jadi pilot eh.
Aku tak redha kau jadi adik ipar aku, boleh mental adik aku kalau stay dengan kau.

Aku tergelak kecil melihat reply Zafran. Dapat aku bayangkan muka cemberutnya disebalik phone tu. Aku melihat gambar yang dihantar oleh Zafran. Sedang aku leka memandang gambar tersebut, aku dilanggar oleh seseorang.

"Hey, watch your steps!" ujarku dengan nada marah. Aku memandang siapa yang melanggar aku. Adik Zafran. Dengan pantas aku menyimpan telefon dalam poket.

"I'm sorry, I didn't see you" ujarnya perlahan.

"Macam mana nak nampak kalau mata tu asyik tengok phone je. Jalan ni bukan kau sorang yang guna. Lain kali kalau nak jalan pandang depan, bukan pandang phone." Sebaik sahaja aku selesai mengucapkan ayat tersebut, aku mula bergerak meninggalkan dia yang terpinga pinga di situ. Aku tersenyum kecil hinggap di hujung bibir aku. Dengan pantas senyuman itu muncul, dengan begitu pantas juga senyuman itu hilang daripada bibirku.

Labels:




PAST FUTURE