+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
Pretend - Chapter 6
Saturday 25 September 2021 • 9/25/2021 05:11:00 am • 0 comments

Emily's POV.

"Emy! Abang kau call." Hani mengejutkan aku daripada tidur. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa? Jangan-jangan...

"Korang takde bagitau abang aku kan?" soalku kepada merek. Semua menggeleng. Pelik. Aku mengambil phone daripada genggaman Hani. 

"Hello abang." 

"Zara! Are you okay?" soalnya, tidak sempat menjawab sapaanku.

"Okay la, kenapa bang?" 

"I heard what happened there," mukaku pucat. "Macam mana boleh terjadi? Abang dah bagitau suruh jaga diri kan."

"Macam mana abang tau?" soalku tanpa menjawab soalannya. Kalau kawan-kawan aku tak bagitau, macam mana dia boleh tahu?

"I have my sources. Sekarang abang nak Zara balik, I already bought the tickets. You'll be leaving in two hours. No excuses. We'll talk at home. " aku terkejut.

"Tapi.." belum sempat aku membalasnya, abang terlebih dahulu mencelah.

"No buts. Zara balik atau abang pergi ambil Zara kat sana. Choose either one." aku senyap. Aku tiada kekuatan untuk bergaduh dengan abang. 

"Okay, nanti send boarding pass tu dekat Zara," balasku. Abang terus menutup talian. Aih, marah sangat tu. Aku memandang rakan-rakanku yang sedang melihat aku.

"I'm sorry guys, aku kena balik kejap lagi. Abang aku dah beli tiket balik. Sorry aku tak dapat join sampai esok. Korang continue je la eh tanpa aku." ujarku dengan rasa bersalah.

"Okay, kiteorang balik sekali dengan kau." ujar mereka serentak.

"Eh, tak payahlah. Korang continue je la. Still ada sehari lagi, banyak benda korang boleh buat." 

"Apa function jalan-jalan tanpa kau, tak cukup forum. Kau kan sakit, takkan kiteorang nak biar kau sorang-sorang balik Selangor nanti." Hazel bertegas untuk mengikuti aku balik.

"Tapi-" belum sempat aku mengahabiskan ayatku, Hani mencelah.

"Aip, no tapi-tapi. Take it or take it. Kau takde option lain. Jom gais bersiap." 




Aku keluar daripada balai ketibaan lapangan terbang tersebut, kelihatan abang sudah menungguku disitu. Mukanya kelihatan tegang dan risau. Bismillah, selamatkan aku dariapda bebelan abang ya Allah, amin. Aku menelan air liur. Kesat. Gugup. Takut. Cuak. Lah semua perasaan lah wujud dalam otak aku ni.

"Abang!" aku memaniskan muka menghampiri abang. Semoga abang tak bertukar jadi singa di tengah-tengah airport ni. Amin.

Dia membuka kaca mata hitam yang dipakai olehnya. Matanya tidak lepas daripada memeriksa keadaan aku. Gayanya persis seorang suami memeriksa keadaan isterinya yang baru lepas masuk emergency room.

Halah, boyfriend aku pon tak risau macam ni. Eh, lupa.. takde boyfriend. Mengesat air mata yang halimunan.

Aku mencapai tangan kanannya untuk bersalam. Orang cakap sebelum kena marah baik kita buat baik dulu.

"Korang, aku gerak dulu tau, hati hati balik nanti." aku melambai ke arah rakan-rakanku yang juga baru keluar daripada balai ketibaan tersebut.

Aku mengekori Zafran daripada belakang ke arah keretanya. Laju mak aih dia jalan, tau la galah.

"Abang, jangan la jalan laju sangat, Zara penat la nak ikut abang." rungutku dari belakang. Zafran memperlahankan langkahnya supaya berjalan seiring dengan aku. Dia masih tidak bersuara.

Aku mempercepatkan langkahku merapatinya yang berada di hadapanku. Aku sesekali melihatnya dari ekor mataku. Tiada senyuman walaupun segaris dimukanya.

Red Alert.

Ni kalau aku tak explain, mungkin inilah kali terakhir semua orang jumpa aku. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Zara Emylia. Nanti akan keluar headline berita - seorang wanita disyaki meninggal dunia sebaik sahaja pulang dari bercuti.

Aku melingkarkan tanganku di lengannya. First step to melt your brother's cold heart, tukar topik, buat muka comel dan pura-pura baik. Second step bila dah melt, pau dia habis-habisan. Sekian.

"Abang," aku memanggilnya.

"Hm?"

"Taknak bawa beg Zara ke? Berat ni, tak kesian dekat adikmu yang comel inikah?" aku membuat muka paling comel kepada Zafran.

Zafran mengerling memandang aku sambil membuat muka bosan. Dia menghulurkan tangannya. Nice. Aku sengih bahagia.

Aku memberikan luggage kepadanya.

"Astaghfirullah, apa yang berat sangat ni Zara. Adik bawak balik keluarga monyet daripada sana ke?" sebaik sahaja luggage bertukar tangan. Matanya mengerling ke arah aku.

"Anak monyet tu comel sangat la bang. Zara apa lagi, rasuah la mak dia dengan makanan, terus dia bagi baby monyet yang kecil tu. Tapi boleh tahan main hide and seek dulu dengan ayah dia. Orang cakap, rezeki jangan ditolak, dah mak dia bagi, Zara ambik je la." Aku menunjukkan muka serious, bagaikan menyuruhnya untuk mempercayaiku.

Zafran memandang aku bagaikan tidak percaya. Reaksi wajahnya memberitahu segala, ibarat aku baru terlepas tanjung rambutan.

"Kau ni dik, bodoh tu simpan sikit boleh tak? Jangan cekau semua kat kau, bagi dekat orang lain sikit," ujarnya sambil memandang aku dengan pandangan hambar.

Aku memandangnya tajam. Seronok je bodohkan adik sendiri. Sesiapa nak abang saya? Saya jual mur mur je.

"Nanti abang call perhilitan, nak report yang ada orang nak bela monyet tak berlesen." tambahnya lagi dengan muka tidak bersalah. Aku mencebik, gurau pon tak boleh.



Perjalan pulang ke rumah yang biasanya hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja, terasa amat panjang.

Suasana di dalam kereta tersebut amat tegang. Aku hanya memandang depan dan kiriku, tidak berani memandang pemandu di sebelah aku.

Aku curi-curi memandang Zafran yang tidak membuka mulut sebaik sahaja bertolak pulang daripada lapangan terbang tadi.

"Abang," aku mencuba nasib.

Tiada sambutan. Zafran masih fokus dalam pemanduannya.

"Abang," aku mencuba lagi.

Masih tiada sambutan lagi. Masya Allah, mohon bersabar. Bantuin Zara Ya Allah.

Bukan biasanya scene-scene macam ni, hero ke akan marah? Ni dah kenapa abang aku, tak romantik langsung. Aku mencebik di dalam hati.

"Abang ni," aku berpaling memandangnya.

"Zara nak kena beli sebuah private jet untuk abang dulu ke baru abang nak cakap dengan Zara? Zara mana la ada duit, kalau miniature tu boleh la bang." muka aku cemberut.

Dah la dia taknak layan aku, aku taknak cakap dengan dia jugak. Merajuk. Layan scenery lagi bagus.

"Abang risaukan keadaan Zara. Every sound mind person would be worried about their love ones. Even haiwan pon sayangkan anaknya, apatah lagi manusia." Zafran tiba-tiba bersuara, memecahkan kesunyian dalam kereta tersebut.

Aku masih lagi senyap.

"I've almost lost you once, I don't want to lose you for the second time." Zafran berhenti berbicara.

Aku faham maksudnya. Zafran hanya risaukan aku.

"Abang taknak lalui benda dulu lagi, it was devastated. Abang taknak tengok Zara in those hospital robe again, being lifeless."

Jeda. 

"Tak penat ke buat abang risau?" soalnya. Matanya memandang aku sekilas sebelum kembali fokus memandu.

"Tak. Ehe," aku tersengih bagaikan kerang wangi memandangnya. Dia menjeling aku sambil tangan kirinya pantas mengetuk kepala aku. Auch. Aku menggosok kepala aku, benjol kepala aku nanti kang takde sesiapa nak. Nak gurau pon tak boleh. Garunks sangat.

"Abang, Zara dah okay la. Jangan la risau sangat," balasku bersungguh-sungguh.

"Macam mana abang tak risau kalau abang tiba-tiba dapat berita yang Zara lemas?" soal Zafran kepadaku. Aku tersengih, taktau nak jawab apa.

"Ni nasib baik abang tak bagitau umi dengan abah tau, kalau tak confirm Zara tak dapat keluar lagi lepas ni." sambungnya lagi.

"Abang jangan bagitau umi dengan abah eh, please bang. Zara tolong abang basuh kereta nanti." aku memandangnya dengan penuh harapan. Ni kalau umi dengan abah tau...

I'm getting ripped tonight, r.i.p my freedom life ayy.

"Setakat kereta, abang boleh basuh sendiri lah dik. Cubalah bagi offer yang bagus sikit." balasnya bosan.

Ini orang panggil bagi betis nak peha. Nasib baik abang sendiri.

"Fine, Zara tolong abang buat surprise dekat kak Qis. Puas hati?" dia tersenyum menang sambil mengangguk. Dia yang nak buat surprise, aku pulak yang kena. Girlfriend siapa sekarang ni.

"Tapi kan bang, macam mana abang dapat tau tentang Zara eh?" aku keliru. Rakan-rakan aku tidak memberitahu abang aku, jadi, macam mana Zafran boleh tahu?

"Zara, kat depan tu ada Llao Llao. Nak tak?" Zafran mengubah topik. Ceh sengaja eh, aku mencebik. Nasib baik berjaya.

Labels:




PAST