+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
Doctor Crush - Chapter 8
Monday, 26 March 2018 • 3/26/2018 09:59:00 pm • 0 comments

AKU memandang penampilanku di hadapan cermin. Aku memilih untuk memakai white sleeveless t-shirt lalu dipadankan dengan jaket yang berwarna hitam yang lengannya disisingkan hingga ke siku.
Skinny jeans yang berwarna hitam menjadi pilihan since tema harini adalah black and white dengan sneakers Nike Air Jordan 1 Retro High Og "Yin Yang" warna hitam. Setelah berpuas hati dengan pemakaianku, aku mula menuju ke destinasi.
Sebaik sahaja aku memasuki meeting room di mana para intern berkumpul, aku ternampak seorang yang sangat aku kenali. Oh god, dia ni lagi ke. Aku buat muka kosong. Just endure it Bells. Aku duduk di sebelahnya sebab situ je ada tempat kosong.
Dia memandang aku dan mula sengih macam kerang busuk. Dia ni dah kenapa, aku menarik nafas dalam-dalam.
"Remember me?" dah start dah. Dia memeluk lenganku. Haa dia ni dah kenapa?
"I'm Amanda. I told you my name already, right? Which part of Kuala Lumpur are you from? Kelana Jaya?Aku ada abang stay kat sana" jeritnya sambil menepuk-nepuk lenganku. "Tapi, aku baru visit dia sekali" sambungnya. Aku meleraikan pegangannya di lenganku.
"Amanda? Kat name tag kau tu dah tertera nama Airin Saffiya" aku menunjukkan pada nametagnya yang tersangkut pada poket baju. Dia melihat nametagnya yang berada di poket baju miliknya. Dia tergelak kecil seraya menutupnya dengan kedua-dua belah tangan miliknya.
"Takde laaa. Oh, my mama had me when she was 45 years old. So, she's always ill and always in pain." aku memandangnya. Dia berhenti bercakap.
"Kau ni takde maruah ke?" soalku. Dia memegang tanganku.
"I don't have very good genes. My dad's sperm and mom's ovum met when they were very old. I got all the bad parts of them" aku tersengih sungging (ada ke?) lalu menggeleng.
"I do have pride, tapi aku memang suka dengan kau. Bila first aku jumpa kau, jantung aku berdegup kencang. I believe in fate." sambungnya. Tangannya dah mula menepuk-nepuk bahuku.
"Kau ni....... 'lesb' ke?" tanyaku ragu-ragu. Aku menjarakkan sedikit badanku daripadanya.
"Hah? Les? Like a waitress in one of those bars?" suaranya terkuat sedikit. Dia pantas memandang sekeliling, risau kalau ada orang dengar. "Hey, aku tak pergi la tempat macam tu" sambungnya lagi tapi dengan suara perlahan.
"Perempuan suka kat perempuan la weh. Lesbian" asal bengap sangat dia ni.
"Oh" ujarnya. Dia terkejut membuatkan aku terkejut sama.
"Aku memang suka perempuan. Ah, I'm a lesbian. Tapi jap, ada ke perempuan yang tak suka perempuan lain?" soalnya. Aku tergelak kecil dengan perangai senduk dia ni. She's so cute.
"You're kinda cute" ujarku pantas memandang hadapan.
"I'm cute?" Airin dah berbunga dalam hati. "Hey, I knew you'd like me too" ujarnya separuh berbisik. Aku hanya menggelengkan kepala dan menegakkan badan apabila seorang doctor mula memasuki meeting room tersebut dengan membawa clip board di tangannya.
( I don't know macam mana orang practical eh so bantai je la hehe )
Eh? Dia buat apa kat sini? Donut tell me yang dia akan jadi chief para intern kat sini. Matilanak.
"So as you guys know, I'll be your chief untuk 6 bulan ni. I hope you guys akan bagi kerjasama to me and all your friends" ujarnya tegas sambil meletakkan clip board itu di atas rostrum ( tempat berucap ). Dang it!
"My name is Doctor Hasif. So sekarang kita akan start dengan perkenalan setiap orang kat sini. Start from........." dia memandang sekeliling. Matanya tertacap padaku. "You" dia menunjukkan jarinya kepada orang yang berada di hujung belah kananku. Kiranya aku last la kan since aku berada di belah kiri? Oh mannnnnn. I really don't like this thing.
"My name is Qistina Batrisya. I'm 21 years old. Qis tinggal dekat Kelana Jaya......" Qistina mula bercerita from which university dia datang dan sebagainya. Dia ni memang nak buka booth bercerita ke apa? Aku dah buat muka bosan. Sebaik sahaja Qistina mulai duduk, orang di sebelahnya pula mula bangun untuk membuang masa. Jeez.
Orang-orang disebelahnya mengulangi perkara sama sehinggalah orang di sebelahku mula bangun untuk memperkenalkan diri.
"My name is Airin Saffiya.........." Airin mula berbicara. Aku mengeluh kecil.
"Next" ujar Hasif. Aku bangun dari tempat dudukku.
"My name is Nik Nur'ain Nabila" ujarku. Padat dan ringkas dan pendek dan semua perkataan yang seerti dengannya.
Hasif mula mengangkat mukanya daripada memandang clip board yang berada di depannya apabila aku tidak berbicara. Dia memandang aku sambil menjongketkan keningnya. Aku just shrugged.
"I guess that's it. That's nice and short" semua yang berada di dalam meeting room tersebut mula tergelak kecil. Aku mula duduk di atas kerusiku.
"Okay, as an intern, korang akan jaga emergency room.........." Hasif mula terangkan satu persatu apa yang intern perlu buat bla bla bla ( luls i don't know, let's just skip >< )
"Okay, semua dah boleh bersurai. Remember that korang semua have to datang tepat pada masanya esok. If ada sesiapa yang datang lambat, you'll receive the consequences." Semua orang mula bangun dari tempat duduk masing-masing.
"Nabila, tunggu sekejap" ujar Hasif. Aku mengerutkan kening. Semua dah pandang aku pelik. Aku kembali duduk di tempat ku sehingga semua orang keluar daripada bilik tu barulah aku bangun dan pergi ke tempat di mana Hasif berada.
"Yes?" soalku sebaik sahaja berada di hadapannya. 
"Just because I said you have to act like you didn't know me at this place, doesn't mean that you have to be rude" ujar Dr. Hasif. Aku mengecilkan mataku memandangnya. Dia menjongketkan kedua-dua belah bahunya. Aku mengeluh kecil.
"Okay, fine. Ada apa-apa lagi ke? Kalau takde, boleh saya pergi sekarang Doktor Nik Muhammad Hasif?" Aku mengerdipkan mataku ke arahnya sambil mulutku membuat senyuman yang paling manis supaya nampak ikhlas. Tanpa menunggu jawapan daripadanya, aku terus keluar daripada bilik tersebut.
'Hm, pergi library pon okay jugak ni' bisik hatiku.
(Okay, kat sini aku syak yang Bells ni ada bipolar disorder ><)











SEDANG asyik aku mencari buku di rak perpustakaan awam, terasa hangat tubuh badan seseorang. Dia berada begitu dekat denganku. Dia ni lagi, aku mengeluh. Aku hentikan pencarian ku dan berpaling memandangnya. Aku jarakkan sedikit kedudukanku dengannya.
"What do you want?" soalku dengan muka tiada emotion.
"Aku nak kau keluar dengan aku" ujarnya
"I told you, aku tak hangout dengan orang yang lebih muda pada aku"
"Aipp, whom are you trying to fool here?" dia memandang sekeliling. "Aku tahu yang kau sama umur dengan aku. I have good instincts." dia mengenyitkan matanya.
"Stop bluffing ( menipu ). Do I look easy to you?" aku dah pandang dia dengan muka 'oh really'.
"Come on, give me your number. Senang la aku nak keluar dengan kau lepas ni."
"Nah, aku suka keadaan sekarang di mana aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. You're a stranger, stranger." aku menyambung pencarian buku di rak tersebut.
"Okay, nama aku Aiman Farique. So we aren't strangers anymore since you know my name." ujarnya. Aku tidak melayannya malah mula mengambil salah satu daripada banyak-banyak buku yang berada di rak tersebut yang menangkap mataku. 'Beautiful Malice'. Aku menyentuh tajuk buku tersebut lalu membaca sinopsis di bahagian belakang buku itu.
Tiba-tiba terasa ada tangan di atas bahuku lalu memusingkan badanku menghadapnya. Aku tercengang dengan perbuatannya.
"Come on, do me a favor" ujar Farique.
"Kau ni memang tak paham bahasa melayu ke? Kau nak suruh aku cakap bahasa apa? French? Non. Spanish? No. Russian? нет. Ke Filipino? Hindi. Haa ke kau still tak paham perkataan t.i.d.a.k , tidak" balasku sambil mengerling tangannya yang mendarat di atas bahuku.
Aku memegang tangannya lalu memusingkan tangannya supaya belakangnya menghadapku tetapi dia lebih pantas memusingkan badannya lalu memelukku dari belakang dengan meletakkan tangannya di leherku.
"I won't be easy on you just because you're a girl...." dia memusingkan kembali badanku membuatkan belakangku menyentuh rak buku. Dia memegang bahu kiriku. "unless you become mine" sambungnya.
Ei dia ni ingat aku sapa. Aku cuba untuk menumbuknya di muka tapi dia masih lagi pantas mengelak lalu memegang pergelangan tanganku.
"Look at that. You're quite strong. Shall I let you punch me once? Then you'll be mine?" ei mamat ni kan. Aku melepaskan tanganku daripada genggamannya. Aku berlalu dari situ. Kacau ketenteraman orang la dia ni. Ergh.
Farique menghantar aku pergi dengan ekoran matanya.

Labels:




PAST FUTURE