Hasif mula melakukan pembedahannya di dalam ambulance tersebut. Pintu utama ambulance itu tidak ditutup. Orang awam mula datang mendekati ambulance tersebut untuk melihat pembedahan tersebut. Aku berada di hadapan sekali sambil mendukung budak lelaki itu untuk melihat pembedahan yang di lakukan oleh Hasif. Hasif menekupkan resuscitator ( pam oksigen ) kepada mulut wanita tersebut dan tekan pada bahagian bag alat tersebut untuk memberi bantuan pernafasan kepadanya.
"Give me the laryngoscope" paramedic tersebut mengambil alat besi yang mempunyai muncung yang tajam ( boleh rujuk gambar di atas ) lalu memberikannya kepada Hasif.
( Laryngoscope is an instrument for examining the larynx, or for inserting a tube through it. )
Hasif mula memasukkan alat tersebut ke dalam mulut lalu ke kerongkong wanita itu. Wanita itu mengangkat tangannya ke udara untuk mengeluarkan alat tersebut tetapi di tahan oleh paramedic yang bersama dengan Hasif. Sakit oi.
"Tube, please" paramedic menyerahkannya. Peluh mula kelihatan pada dahi Hasif.
Dia mula memasukkan tube yang berdiameter melebihi 10mm tersebut ke dalam kerongkong wanita itu. Wanita itu sudah terbatuk sambil menahan kesakitan.
"Please take that out" paramedic tersebut mengeluarkan obturator ( inner part of the tube ) daripada tube tersebut.
Hasif mengambil resuscitator lalu sambungkannya dengan tracheotomy tube. Dia memakai stethoscope di telinganya dan meletakkan diaphragm ( kepala stethoscope ) di atas dada wanita tersebut sambil menekan resuscitator itu. Apabila jantung wanita itu mula berdegup normal, Hasif mengeluarkan stethoscope itu daripada telinganya dan berpaling ke arah pemandu.
"Intel Hospital. Hurry up, please" ujarnya. Aku mula menaiki ambulance tersebut bersama-sama budak lelaki itu. Hasif memandang aku pelik.
"Turun" ujarnya.
"No, I can't" jawabku.
"Hold your mama's hand" ujarku kepada budak lelaki tersebut lalu meletakkan tanganku bersama-sama tangannya dalam genggaman wanita itu. Aku hanya buat tidak tahu akan renungan Hasif yang memandang aku dengan riak yang sukar di fahami.
Ambulance mula meluncur laju di atas jalan raya dengan siren di bunyikan. Apabila sampai di hospital, para nurse segera menolak wanita itu memasuki bilik pembedahan. Perut wanita itu dibedah untuk mengeluarkan bayi yang berada di dalam perut tersebut.
Aku hanya menunggu di luar ruang pembedahan di tempat untuk para pelawat menunggu manakala Hasif hanya melihat pembedahan itu di luar bilik pembedahan di mana tempat para doktor menunggu sebelum melakukan pembedahan. ( You know, bilik pembedahan dalam ruang pembedahan. A not so small room inside a big room. Yeah. It have a few operation room inside a operation room. I guess you know what I mean? )
PEMBANTU doktor mula mengeluarkan bayi yang diletakkan di dalam cart daripada bilik pembedahan. Hasif hanya melihat bayi itu dibawa keluar. Haziq mula masuk ke dalam ruang bedah.
"Doktor" ujar Hasif.
"You must have been in quite a rush to come to this hospital" ujar Haziq sambil berjalan ke arah sinki yang disediakan. Dia mengambil brush dan mula memberus tangannya dengan sabun.
"Macam mana kau boleh masuk?" soalnya
"Connections, of course" jawab Hasif
"Macam mana kau rasa bila tengok pesakit dying tapi kau tak boleh berbuat apa-apa?" soal Haziq lagi. Dia masih memberus tangannya tanpa memandang wajah Hasif.
"It's a relief that it was only a hypertensive cerebral hemorrhage" ujar Hasif sambil memandang Haziq. Haziq mengangkat mukanya.
"The real relief adalah dia jumpa doktor yang macam kau. It's also relief that she didn't have an aneurysm. Kalau tak, pesakit tu akan mati masa kau tengah debating intubation. Then you would've spent your whole life blaming yourself again" Hasif hanya memandang lantai sambil mendengar apa yang dikatakan oleh Haziq. Haziq mula berdiri tegak selesai membasuh tangannya. Dia mengangkat tangannya hingga paras bahu untuk mengeringkan tangannya.
( Aneurysm is an excessive localized enlargement of an artery caused by a weakening of the artery wall. )
"Sebab kau akan blame yourself atas kematian setiap patient who doesn't make it" dia memandang Hasif yang senyap.
"You've become very harsh lately" nada yang dikeluarkan oleh Hasif menunjukkan bahawa dia seakan merajuk.
"Sakit ke?" Haziq tersenyum. Hasif hanya melarikan matanya ke arah lain.
"Kau kena tengok the real dangers of a real neurosurgeon ( pakar bedah otak ) sekarang." Hasif memandangnya. "I'm going to save that patient. Why? Because it's me. Because I am Haziq Shah" sambungnya lagi. Dia mengenyitkan matanya kepada Hasif dan berlalu masuk ke dalam bilik bedah. Hasif hanya tersenyum.
Haziq mula menggerudi tempurung kepala wanita itu. Hasif hanya melihat dari luar sepanjang pembedahan itu berlangsung. Dia melihat tangannya.
"Defibrillator" doktor tersebut mula memasukkan tangannya ke dalam anggota badan di mana terletaknya jantung lalu mengepamnya dengan tangan apabila apa yang di tayang di heart rate monitor menurun.
( Defibrillator is an apparatus used to control heart fibrillation by application of an electric current to the chest wall or heart. )
Hasif yang memegang peralatan kaku di sebelah pesakit tersebut. Doktor tersebut masih lagi mengepam jantung pesakit itu.
"I'll go contact someone" ujar doktor disebelahnya. After a few seconds, angka yang tertera pada heart rate monitor menunjukkan angka kosong di setiap ruangan. Garisan mula menjadi melintang. Tiada lagi naik dan turun. Tangan Hasif terjatuh di sisinya.
Ketua doktor tersebut mula keluar daripada bilik bedah tersebut diikuti oleh doktor di sebelah Hasif dan juga Hasif. Dia mula mencabut mask yang dipakai olehnya.
"Did you check that patient for a fever before the surgery or not?" soal chief doktor tersebut kepada doktor yang berada di sebelahnya.
"The intern probably did that" ujar doktor tersebut memandang Hasif. Hasif hanya menunduk memandang lantai.
" 'Probably did'? You idiot! What were you doing?!" marah chief doktor itu. Dia menyepak betis Hasif dan doktor disebelahnya.
"If this becomes a problem, you take responsibility for it. Faham?!" chief doktor itu berlalu pergi.
"Hey! Kenapa aku perlu hadap semua ni sebabkan kau?! Kau memang tak layak untuk jadi seorang doktor. Lepas ni aku dah taknak tengok muka kau. So, kau pandai-pandai la supayatak muncul depan aku" marah doktor di sebelah Hasif kepadanya lalu berlalu meninggalkan Hasif keseorangan.
Hasif mengeluh berat.
"PEMBEDAHAN itu berjalan dengan lancar, jangan risau." Ujar Haziq kepada keluarga wanita tersebut.
"Thank you doctor, thank you" suami kepada wanita tersebut berulang kali berterima kasih kepada Haziq. Aku hanya memandangnya dari jauh. Satu perasaan mula terdetik di hatiku.
"How old are you?" tanya Haziq kepada budak lelaki yang berada di sebelahnya.
"Don't worry, she'll be moved to a room soon." ujar Haziq lagi. Lelaki tersebut hanya menggosok kepala budak lelaki itu.
"Let's go" ujar Hasif tiba-tiba berada di sebelahku. Aku yang terkejut memandangnya dengan pantas. Dia sudah berlalu pergi. Aku hanya menurutnya dari belakang.
Since we tertinggal our cars dekat tempat kejadian, we decided to take a bus. Aku mengambil tempat di sebelah kiri belakang Hasif. Bas mula bergerak menyusuri kepekatan malam. Aku tersenyum teringatkan perbualan antara aku dan keluarga wanita tersebut.
Aku terpandangkan Hasif yang berada selang sebaris daripada ku sedang merenung tangannya. Okay. It's weird. Tapi aku hanya mengusirnya keluar daripada mindaku. Aku tersenyum semula teringatkan moment sebentar tadi.
Setibanya di tempat letak kereta, aku berhenti seketika memandang Hasif. Aku menggaru-garu kepala.
"Go on in" dia yang terperasankan aku memandangnya terus menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengikut arahannya. Dia memasuki keretanya dan meluncur laju membelah kepekatan malam di atas jalan raya.
Ok, something's wrong somewhere. Aku menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Aku membuka pintu bilik Puan Humairah perlahan-lahan. Kelihatan tokma sedang tidur dengan nyenyak. Aku mula berbaring di sebelah tokma lalu memeluknya.
You don't love with the heart, you love with the brain.
Memori sebentar tadi mula bermain di fikiranku
"Terima kasih dik. Terima kasih sangat-sangat." ujar suami kepada wanita itu.
"Eh tak lah, doktor tu yang buat semuanya, bukan saya" balasku.
"What's your name?" soalnya.
"Apa?" eh kenapa tiba-tiba tanya nama aku.
"I want to name my daughter after you. Saya nak dia membesar dan tolong orang lain just like you." ujarnya. Budak lelaki itu tersengih memandang aku. Aku dah tersengih malu sambil memandang ke tempat lain.
Aku tersenyum sambil memeluk erat tubuh tokma lalu memejamkan mata.