+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
You've Stolen My Heart - Chapter 8
Thursday, 7 September 2017 • 9/07/2017 08:24:00 pm • 0 comments

Chapter 8 - Goodbye

Anis's POV
Aku mendongakkan kepala memandang hadapan. Pintu utama airport.
"Hm, last day kat Langkawi. Noo" ujar aku sambil buat fake tears
"Rileks la, lain kali kau boleh datang lagi" Iman cuba menyedapkan hatiku
Aku mengangguk lalu masuk ke dalam airport untuk check in. Sebelum masuk ke dalam balai ketibaan , aku dan Iman ronda satu airport tu dulu. Chill la , ada masa sejam lagi.
"Weh , aku nak pergi Starbucks jap. Kau tunggu sini eh. Kau ada nak pesan pape tak?" soal Iman.
"Aku nak Mocha Frappuccino satu. Kau belanja aku okay? Masyehhh babe" aku tersengih
Iman pandang aku dengan muka annoying dan berlalu pergi. Hehe. Muka je garang tapi hati baik. Hmm, bosan la. Mana Ian ni , ada 45 minutes je lagi.
Sedang aku meraba bag untuk mencari iPhone 7 plus milikku , terjatuh sesuatu daripada bag aku. Aku mengambil gambar polaroid yang jatuh tu.
Ianya gambar candid aku dan Ian.
Flashback
"Ian , thankyou so much for this surprise. Anis sendiri lupa yang harini birthday Anis. I never thought that someone will surprisekan Anis." ujar aku sambil mengemas meja. Selepas makan kenalah kemas , takkan nak biar pak guard yang kemaskan.
"No hal la, sikit je tu. Lagipun you're my..." Ian tidak menghabiskan ayatnya pastu kenyit mata lak. Aku dah blushing dah kat sini oi. Cheesy sangat.
"Eh eh , strawberry dah sampai dah" Ian sakat aku.
"Daripada duk sakat orang kan , baik tolong strawberry ni kemas meja ni lagi bagus" aku mengalih topik. Sape tak malu oii.
Semasa aku sedang angkat fairy lights tu , Ian datang daripada belakang aku.
"Hi babe" dia ambil fairy lights yang berada di tangan aku dan sangkut di leher aku serta kat lengan aku
"What are you doing Ian?" aku pandang Ian dengan muka bosan.
"Nak naikkan seri wajah Anis bila kita kahwin nanti" Ian buat muka nakal
'Oh my...this guy literally killing me' desis aku
"Wait Anis, have you been to the doctor lately? Nampak pelik la"
"Hah? No, why? Muka Anis pucat ke?" aku meraba mukaku
"Nope, but it seems like you're lacking some Vitamin Me" aku menekup sebelah muka ku dengan tangan. Malu oi. Ian memandang aku dengan sengihan nakal.
Suddenly, flashlight kamera menghala ke arah aku. Aku dan Ian segera pandang ke arah datangnya flashlight tu.
Iman mengambil gambar candid aku dan Ian dengan Instax Mini 9. Entah kat mana la dia curi camera tu. Tak pernah nampak la pulak.
"So sweet both of you" ujar Iman sambil berjalan ke arah aku. Dia menyerahkan gambar polaroid tu kepada Ian.
"It's so beautiful. Ian tak tahu pulak yang Iman boleh jadi photographer" Ian menghulurkan gambar polaroid tu kat aku. Cantik.
"Heh, tengok orang la . Now give me ur phone" Iman menghulurkan tangannya ke arah Ian
"Eh? For what?" Ian tetap bagi phonenya kepada Iman walaupun jelas kekeliruan dimukanya.
"Iman nak ambik gambar korang berdua, mana la tahu nak simpan buat kenangan ke"
Aku dan Ian berdiri tegak memandang kamera. Formal k formal.
"Oi, korang ingat nak ambik gamabr passport ke?" Maka bermulalah perangai gila kita orang. Ambik gaya hipster la, lompat si katak lompat la, gaya tumblr, etc
"Anis" Ian tiba tiba menegurku
Aku pandang mata Ian yang berwarna light blue tu.
Klik!
"Okay dah." Ian tersengih nakal. Iman menghulurkan kembali phone Ian.
"Eii pakcik ni kang, lepuk baru tahu"
"Alaaaa , jangan la marah , nanti cepat tua. Tapi Anis walaupun dah tua nanti , tetap cantik"
"Ha ye ye , nanti hantar gambar tu" dia ni tak boleh tak cheesy ke? Ke masa kecik kecik dulu suka makan cheese sebab tu cheesy camni.
"Okay" Ian check phone dia
"Eh wait. I think there's something wrong with my phone."
"Aikk, bukan tadi elok je kan?
"Entah la , tiba tiba je. Mungkin sebab it doesn't have your number in it"
Mak aiii, mamat ni. Dalam masa sehari, berapa trillion dia nak buat pickup line. Cheesy gila doh.
End of flashback
"Senyum seorang diri nampak" tiba tiba seseorang menegurku​
Nasib baik tak tercampak je gambar polaroid ni. Tengah sedap sedap duk feeling, ada orang mengacau lak. Haish
"Biarlah jeles le tu"
"Mestila, jeles dengan gambar tu"
"Eh asal lak? Ian ada dalam ni kot, lain la lelaki lain" soalku
"Sebab gambar tu dapat rasa macam mana Anis pegang dia, tapi bila Ian nak rasa Anis pegang tangan Ian?" Ian buat muka sedih.
"Hambar k hambar, pickup line tak menjadi la brother" Ian menjeling ke arahku. Hahaha, padan muka.
"Sorang ke? Iman mana?" tanya Ian
"Dua orang la, tengah tunggu boyfriend datang. Dia pergi mana ntah tadi" selamba badak aku membalas.
"Hahaha, lawak" Ian buat muka toya. Aku menjelirkan lidah kepada Ian.
"Iman pergi Starbucks jap. Beli our favourite drinks"
Iman's POV
Aku melihat jam di pergelangan tanganku
Oh no, ada setengah jam lagi. Haish, air ni tak siap lagi. Masa ni jugak la dia nak ramai orang.
"Here you go. Thank you. Please come again" ujar cashier itu dengan senyuman
Aku membalas senyumannya dan berlalu pergi dengan tergesa gesa. Come on. Nanti takleh nak naik kapal terbang kang burn tiket kang.
Keluar sahaja daripada Starbucks, aku check jam. Lagi 27 minit 46 saat. Dang it. Aku mempercepatkan langkahku
Bum!

Labels:




PAST FUTURE