+follow dashboard FAIRIES
POST ABOUT AMIGOS PRINCE
You've Stolen My Heart - Chapter 5
Thursday, 7 September 2017 • 9/07/2017 08:15:00 pm • 0 comments

Chapter 5 - I Love You

The Next Day
Anis's POV
"Weh, ape bendalah ni?" Aku pegang benda tu sambil menunjukkan kepada Iman
"Weh bongok, kau ni nak bebal pon biar bertempat la. Simpan sikit kepandaian kau tu kat anak cucu kau nanti, jangan nak keluarkan sangat" Iman hempuk kepala aku.
"Auch, sakit la." balas aku sambil mengusap kepala yang dihentuk tadi. Sakit oii. Ingat macam kena gigit semut ke? Ni dah macam kena hempuk dengan besi dah.
'Nasib baik la mood aku baik hari ni Iman' desis aku
"Aku tanya bendalah ni je, yang kau nak hempuk aku kenapa" mataku mencerlung tajam ke arah Iman.
"Takkan la kau tak tahu."
"Sebab aku tak tahu la aku tanya. Kalau tak takde maknanya aku nak tanya la"
"Tu buah katak puru la."
"Asal aku nampak macam kepompom rama rama je" aku buat muka innocent
"Kau kan pernah makan benda tu, janganla buat buat tak tahu. Adoii" Iman hempuk dahi sendiri
"Mana la aku tahu, aku pandai makan je. Hehe"
Iman mendengus geram
Tiba tiba, seorang lelaki datang menyapa kita orang
"Hey ladies, what are you doing here?"
Oii mamat mana pulak ni
"Tengah sediakan kereta kebal ni, mana la tahu kot kot ada orang nak serbu ke , boleh pegi pertahankan negara." balas ku tanpa berpaling ke arah lelaki tu
Dah sah sah kat pasar kan , takkan aku tengah membajak padi kot.
"Ay, garangnye. Don't you remember me?" tanya lelaki tu
Aku segera berpaling ke arah suara tu
Lah mamat ni rupanya, ingatkan buaya mana terlepas tadi.
"Iqbal, what are you doing here? No no. Are you stalking us?" aku curious
"Sama macam Anis la , Iq datang nak baiki kereta kebal. Tu nampak tak kereta kebal yang tersadai kat tepi jalan tu. Iq punya la tu." balas Iqbal menunjukkan ke arah sebuah kereta kebal yang berhenti di tepi jalan sambil mengenyit mata.
"Balas dendam nampak" ujarku
"HAHAHA. Taklah, saja datang nak cari buah buahan sebenarnya, terjumpa pulak dua buah yang cantik kat sini. Btw, taknak kenalkan your beautiful friend kat sebelah tu ke?" Iqbal menjongket sebelah keningnya.
'Eii , mamat ni. Aku siku kang. Dia buah buahankan aku camtu je. Haish'
"Jangan nak ngada ngada eh. Bukan dah kenal ke haritu?"
"Eh lupa , cantik sangat" ujar Iqbal sambil buat muka cute
"Datang sini seorang ke?"
"Nampak ada seorang lagi ke kat sebelah ni?"
Mataku mencerlung tajam ke arah Iqbal
"HAHAHA. Garangnye. Takdela , datang dengan kawan. Dia pegi cari buah."
Semasa kita orang bercakap, tiba tiba terdengar suara lelaki bertanya.
"Bro, nah buah yang kau nak. Buah katak puru tu aku tak jumpa la , dah hampir satu pasar ni aku jelajah."
Wait.
I know this voice
Aku segera berpaling ke arah suara tu
'Oh Em Katak Gee. eh eh. OMG. Datang pasar nak cari buah terjumpa crush lak' desis hatiku
Lelaki itu berpaling ke arah ku
"Eh Anis" terus mukanya berubah ceria
Aku tersipu malu. Eh kejap
"Wait. Bro?" soal ku
"Yeah, Bro. Why?" tanya lelaki itu.
"Aren't you said yang Iq ni chaffeur kepada​ Ian?" aku bertanya kepada Iqbal
Aku sempat menangkap Iqbal buat tanda 'Shh' kepadaku
"Chaffeur ye bro?" ujar Ian sambil menepuk belakang Iqbal
"Hehe" Iqbal tersengih
"Kepala hotak kau" Ian menghempuk kepala Iqbal
Oops . Hehe
"Oi Sakit la" Iqbal mengusap kepalanya sendiri
"Ngada ngada" 😒
"Sorry  'bout that. Iqbal ni memang slalu macam tu. Pantang tengok perempuan. So kalau ternampak muka ni , takyah nak percaya sangat la cakap dia" Iqbal menjeling ke arah Ian
Aku tergelak kecil melihat perangai dua orang ni. Macam budak budak
"So , Anis nak kenalkan. Ian, ni Imanina , my best friend." aku menunjuk ke arah Iman
"Iman , ni Ian my Langkawi's friend." aku menunjuk ke arah Ian.
"Bukan kawan tapi lebih kepada cru.." aku menekup mulut Iman. Masa ni jugak nak kenakan aku.
Aku ternampak Ian tersenyum. Alamak , walaupun Iman cakap slow je masa tu tapi mesti Ian dengar. Aku rasa muka aku dah nak macam tomato. Dah boleh buat sup ayam. Eh jap, sup ayam orang bubuh tomato ke? Hehe
"Well, lepas ni Anis nak pegi mana?" soal Ian cuba mengubah topik
"Anis ingat nak lawat tempat menarik kat sini. Tapi tak tau kat mana"
"Well we can help you gais. Amacam?" ujar Iqbal
Aku dan Iman saling berpandangan.
"Yeah sure" jawab Iman
«« PAGE BREAK »»
Sebaik sahaja kereta Audi R8 milik Ian tiba di perkarangan rumah aku, Ian membukakan pintu kereta untuk aku keluar drpd perut kereta itu
'Wow, gentleman' kata hatiku
Aku terus keluar daripada perut kereta. Ian menutup pintu kereta rapat dan berjalan bersebelahan denganku menuju ke pintu rumah. Iqbal dan Iman sudah lama berada di hadapan.
'Sengaja tinggalkan aku nampak'
"Thanks sbb hantar kitaorang. Masuk la dulu, Iq dengan Ian tak busy kan? " ujarku sambil membuka pintu rumah
"Buat macam rumah sendiri eh" Iqbal terus duduk di atas sofa yang berdekatan sambil mencapai remote tv.
"Korang nak air apa?" soal aku
"Iq nak air Bliss Strawberry"
"Ian nak air apa?"
"Ian nak I love you boleh?" Ian mengenyitkan mata
"Eh, sejak bila kau pakai blush" soal Iman apabila berada di tepi aku. Nope. Bukan soal. Tapi lebih kepada sakat. Manakan tidak , kedua dua belah pipi aku ni dah berona merah dek kerana Ian.
Aku segera ke dapur untuk mengelakkan daripada muka aku terus berubah menjadi sebijik strawberry 🍓.
Ketawa dari ruang tamu jelas kedengaran di dalam dapur. Oooo, gelakkan aku eh. Takpe takpe, korang tunggu
Tiba tiba aku ternampak sesuatu di dalam kabinet dapur. Satu idea muncul dalam fikiranku.
Haa macam best je kalau aku buat kerja 'baik'. Hehehehe.
  «« PAGE BREAK »»  
"Jemput minum gais. Special untuk korang berdua" aku tayangkan wajah semanis yang boleh
"Thankyou Anis" balas Ian dan Iqbal serentak
"Most welcome" aku masih tersenyum dan terus berlalu ke dapur
After a few seconds...
"ANIS!!" bergema satu rumah dengan laungan mereka
Mereka terus bergegas ke dapur dan memuntahkan saki baki air yang diminumnya.
Tawaku terus pecah sambil menekan nekan perut. Jelingan maut oleh mereka berdua dapat dirasa. 
'Padan muka. Welkk'
"Just what in the world yang Anis letak dalam minuman kiteorang" soal Iqbal
"Anis letak tak banyak pon. Just banyak ni je" aku menunjukkan jariku tanda teramat sikit "Just a little bit of.."
"Of what?" soal Ian
"Just a little bit of sour powder" aku buat muka sehabis innocent
"Habis kalau sikit asal masam mencuka sangat ni, kalau dibandingkan dengan cuka, kalah cuka tau" ujar Iqbal
"Entah lah, tertumpah kot. Hehe. Sape suruh korang kenakan Anis, kan dah kena"
"Sejak bila kita orang kenakan Anis?" Ian kebingungan
"Dah nak air I love you bagai tu, ingat lawak ke. Tak baik tau main hati dan perasaan orang" 
"But what if I really love you?" Ian berjalan ke arah aku
"What?" hampir luruh segala jantung, jiwa dan raga aku dengar pengakuan berani mati Ian tu
"What. If. I. Really. Love. You?" soal Ian satu per satu. Masih berjalan ke arah ku
Aku berjalan ke belakang sehingga belakang aku hinggap di dinding dapur. Aku cuba intai Iqbal dan Iman. Diorang dah tinggalkan aku. Again. Aduh masak aku.
Ian sedepa di hadapan aku.
"Anis, I'm asking you. Anis tak jawab lagi apa yang Ian tanya"
"Hah?"
Ian's POV
"If I really love you, what will you do?"
"Erm, Anis terima je la." muka Anis dah merona merah. She's so cute
"Do you love me?" 
"Yes" jawab Anis perlahan. Anis tunduk memandang lantai. Mungkin lantai lebih handsome daripada aku. Siap kau lantai.
"What I can't hear you?" dah dengar sebenarnya , saja nak kenakan Anis
"I....Love... You too" serentak itu , Anis terus berlari ke biliknya
Aku tergelak kecil. Macam budak budak tapi tetap cute.

Labels:




PAST FUTURE